Aku suka belajar Sejarah. Kenapa? Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia boleh menjadi panduan dan iktibar kepada kita untuk memperbaiki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan negara mahupun bangsa.Gitew

Jadi, disini aku senaraikan 12 peninggalan sejarah manusia zaman lampau yang masih kekal misteri sehingga kini. Oh, mungkin selepas ini jika berkelapangan aku boleh buat post mengenai tempat tempat yang misteri. Apa yang pasti semua yang terjadi mesti ada kaitan dengan yang Esa. Dia tidak akan mentakdirkan sesuatu perkara itu terjadi tanpa sebab. Mesti ada sebabnya. Misteri = Menarik untuk dikaji + diketahui

1. Monumental Instructions for the Post-Apocalypse

Terletak di sebuah bukit kecil di timur laut Georgia. Turut dikenali sebagai Georgia Guidestones’ Monumen ini terdiri daripada 5 struktur batu yang mempunyai ketinggian sehingga 16 kaki dan berat 20 tan. Pada bongkah granit ini tertulis 8 jenis bahasa – diantaranya ialah tulisan hieroglif Mesir, Hindi dan Swahili. Tidak diketahu apakah maksud tulisan tersebut + ditujukan untuk siapa + siapa yang membangunkan monumen ini.

2. Tasik Michigan Stonehenge

Struktur Stonehenge kuno ini terletak 40 kaki dari bawah permukaan air Tasik Michigan. Dikatakan monumen purba ini dibina 10,000 tahun lalu iaitu pada Pasca -Ice Age.

3. Runtuhan di bawah Laut Jepun
Di selatan pantai Yonaguni Jepun, terdapat runtuhan binaan yang berusia sekitar 8,000 tahun. Binaan ini terdiri daripada susunan tanggan yang rumit (seakan piramid) yang diyakini sebagai binaan manusia.

4. Keajaiban di bawah permukaan Laut Alexandria, Mesir
Runtuhan ini dipercayai merupakan runtuhan Kota Alexandria Agung (pusat pemerintahan dan istana Cleopatra). Kota ini dikatakan tenggelam pada 1,500 tahun yang lalu akibat gempa bumi yang dahsyat.

5. Misteri Stones Baalbek, Libanon
Kuil Romawi terbesar yang pernah dibina didunia. Hampir kesemua bahagian kuil ini dihancurkan oleh Kaisar Bizantium, Theodosius – 6 dari 54 kolam sahaja yang masih kekal sehingga ke hari ini.

6. Tiga Lingkaran Batu Kuno Megalithic
Terletak di selatan Turki dan berusia ribuan tahun lampau. Sebahagian oerang percaya kawasan ini merupakan peninggalan sejarah penempatan awal manusia – lokasi Taman Eden dibina sebagaimana yang dikisahkan dalam kitab kuno.

7.Pulau Paskah
PUlau Paskah yang juga dikenali sebagai Rapa Nui atau Isla de Pascua merupakan sebuah pulau Polinesia yang terletak di tenggara Lautan Pasifik. Pulau ini terkenal dek kerana patung patung / manumen pelik yang dibina oleh bangsa Rapanui. Patung patung yang dipanggil sebagai Moai ini merupakan sebahagian daripada berhala yang disembah oleh masyarakat setempat pada masa itu. Patung patung ini dikatakan dibina sekitar 1250 dan 1500 Masihi dan mempunyai berat sehingga 86 tan.

8. Stonehenge, Monumen Prasejarah Inggeris
Menurupakan monumen batu yang paling terkenal dan masih dijaga baik sehingga kini. Terletak di Witshire, Britain dan dibini pada 2500 sebelum masihi. Terdapat banyak spekulasi dan andaian mengapa binaan ini dibina,namun tidak seorang pun yang dapat memberikan teori yang boleh diterima oleh semua orang. Ia kekal menjadi salah satu misteri terbesar bumi sehingga kini.

9. Machu Picchu
Merupakan kota peninggalan bangsa Inca yang terletak di pergunungan Andes Peru dan dikatakan merupakan tempat pelarian bangsa Inca yang lari daripada penjajahan Sepanyol. Kota ini ditemui oleh seorang ahli Arkeologi, Hiram Bingam pada tahun 1911. Kajian menunjukkan, Kota Machu Picchu ini dibina pada 1450 masihi sebagai tempat persembunyian pemerintah Inca Pachacuti.

10. Great Zimbabwe Ruins
Terletak di Pedesaan, Zimbabwe dan pernah menjadi tempat tinggal hampir 18,000 orang. Bangunan ini dibina pada abad ke-11 dan dibina tanpa menggunakan simen.

11. Peru Chavin de Huantar Ruins
Dibina sekitar 900 sebelum masihi yang berfungsi sebagai tempat berkumpul dan beribadah. Tidak jelas mengapa tamadun Chavin hilang. Namun, kebanyakan teori menyatakan terjadinya gempa bumi dan perebutan kuasa.

12. Coral Castle, Florida
Terletak Homestead Florida dan dibangunkan oleh Ed Leedskalnin (Imagran Latvia) pada 1923 setelah cintanya ditolak oleh tunangnya beberapa hari sebelum pernikahan mereka. Para pengkaji berapa hairan bagaimana seorang yang hanya berpendidikan rendah mampu memikirkan untuk membina monumen ini dengan menggunakan potongan potongan batu karang yang masing masing mempunyai berat yang bertan-tan.