Diam tak diam, sudah hampir 2 tahun lebih aku hidup dalam bidang kerjaya seperti ini. So far ada 3 tempat kerja yang sedang dan telah aku alami.
Pertamanya aku pernah bekerja secara sambilan di sebuah kedai makan di KL Sentral, Kuala Lumpur. Pada masa itu aku sedang cuti semesta yang lama untuk pengajian Ijazah aku. Kawan kawan bekerja + nak balik kampung pun mesti boring. Baik aku kerja kan? At least ada lah sedikit duit untuk bekalan aku sendiri nanti. Lagipun daripada situ aku boleh belajar erti kesusahan. Gitew.. Emm, teruk jugak kerja aku time tu. Sistem pentadbiran restoran yang aku sifatkan memang teruk dan carca merba. Yang penting, aku langsung tak bagitahu status pendidikan aku. Mungkin sebab itu mereka buat dek je dgn aku haha.
Daripada situ, aku belajar dan mengetahui pendidikan itu penting. Susah cari duit tu.. Ohhh penat siot. Aku juga dapat berkenalan dgn 1001 macam manusia yang punya 1001 latar belakang yang berbeza. Pengalaman yang aku sifatkan amat berharga.
Keduanya aku mula bekerja sebagai Customer Service di salah sebuah syarikat telekomunikasi. Kiranya macam call center juga lah. Ini adalah pekerjaan pertama aku sebaik sahaja aku tamat exam final year utk degree. Fuhh… Nak dapatkan pekerjaan ini pun aku alami pelbagai rintangan dan cabaran. Mana taknya, aku attent kursusnya di TTDI. Kira jauh lah tu cz aku duduk di Pandan Indah. Muda remaja.. Jadi, tak penat lah. Lagipun, aku dapat banyak support daripada rakan rakan. Kiranya kami sama sama mengharunginya bersama.
Pekerjaan rasmi pertama.. Jadi aku akan kenang sampai bila bila. Disinilah aku mula bertapak dan memulakan pengalaman menjadi pekerja. Aku bekerja bersungguh sungguh. Duit yang diperolehi pun memang tak cukup. Kalau aku tak dapat support dari kawan aku tu, memang mau menangis aku dibuatnya. Kos hidup di KL memang tinggi. Thx god juga cz daripada duit yang dikumpulkan itu juga aku dapat beli moto 2nd hand. Jadi, senang lah aku berulang alik pergi kerja setiap hari. Lagipun aku kerja ikut shift.. Jadi aku memang hidup tak menentu. Dah macam pungguk pun ada juga hihi.
As customer services, kami bebas memakai apa sahaja yang kami mahukan. As long as kami pakai ikut peraturan dan suara yang kami lontarkan sedap didengar pemanggil hihi. Kelemahan yang ada ialah, kami as junior tidak diajar secara baik untuk menjawap segala macam jenis soalan daripada pemanggil. Lucky aku pada masa itu punya semangat bekerja yang tinggi. Iyalah kan, aku pun memang bertekat untuk bekerja di sini sampai bila2. Lagipun aku malas nak fikir sana sini. Cukuplah!
Aku pun memang perform dengan baik 🙂 cuma aku sedikit kurang selesa bekerja dengan sesetengah pihak yang kononnya pandai dan tau segalanya. Apalah.. Lupakan sahaja semua ini. Apapun, makan di warung depan tempat aku bekerja itu memang sedap dan aku dapat berkenalan dengan kawan2 baru. Mereka pun ala2 gila dan pelbagai ragam juga 🙂 ada yang dah kawin pun hahaha.
Ketiganya adalah tempat aku kerja sekarang. Aku sendiri tak plan pun..semua ini datang secara kebetulan. Yelah kan, aku nie bukannya pandai sangat. Mungkin rezeki aku memang cmtu kot. Syukur alhamdulillah. Apapun, tempat kerja baru ini tak boleh story lebih. Sensitif.. Pengsan.
But, aku still mencari suatu pekerjaan yang menjamin dan menjanjikan jaminan hidup yang berkekalan hingga ke hari tua. Insyaallah.. Sedang menuju ke arah itu. Gitew
Leave a Reply