-
Guna minyak wangi sebelum siap berpakaian
Minyak wangi boleh mengotorkan pakaian. Jika kita terus menggunakan minyak wangi pada badan, ia akan diaktifkan oleh haba semulajadi badan kita. Oleh sebab itu, haruman aromanya akan kekal lebih lama.
-
Sembur, bukannya menggosok
Perbuatan menggosok boleh menghancurkan molekul wangian tersebut, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza. Hanya perlu semburkan minyak wangi pada jarak kira-kira 15-25 cm daripada permukaan kulit yang ingin disembur. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan.
-
Di mana perlu menyembur minyak wangi?
Tempat yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi adalah pada titik nadi badan. Minyak wangi berkesan kepada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang hendak disembur. Terdapat 7 point yang sesuai untuk disembur dengan minyak wangi :-
a. belakang telinga
b. nadi pada sendi tangan
c. siku
d. ruang bawah dada
e. celah paha
f. belakang lutut
g. pergelangan kaki -
Lembapkan kulit sebelum menggunakan minyak wangi
Kajian saintifik menunjukkan bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak, berbanding kulit kering. Ramai orang melihat kulit berminyak sebagai satu masalah. Akan tetapi, sebenarnya ia mempunyai kelebihan di mana boleh mengekalkan bau minyak wangi untuk tahan lebih lama.
Oleh itu, jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan menggunakan pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum menyembur minyak wangi, ia akan membantu bau wangian tahan lebih lama.
-
Simpan wangian di tempat yang betul
Lindungi minyak wangi daripada kelembapan, haba dan cahaya. Tempat yang seeloknya ialah kawasan yang sejuk dan kering dan jauh daripada cahaya matahari secara langsung. Selain itu, digalakkan untuk membeli minyak wangi dalam botol semburan kerana ia akan membantu untuk mengelakkan penyejatan aroma dan tindak balas kimia dengan persekitaran.
- Elakkan memakai minyak wangi di tempat letak barang kemas/perhiasan/jam tangan
Jangan memakai minyak wangi dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau aromanya apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri minyak wangi itu akan merosakkan barang-barang tersebut.
Leave a Reply