Soalan 1: Mengapa minyak wangi yang sama mengeluarkan aroma yang berbeza pada setiap orang?
Secara umumnya, kesemua minyak wangi sebenarnya boleh dipakai oleh semua orang. Baunya akan sedikit berbeza kerana setiap orang mempunyai kelenjar yang mengeluarkan hormon tertentu yang berbeza. Faktor inilah yang akan mempengaruhi bagaimana aromanya bertindakbalas pada kulit.
Soalan 2 : Bolehkah menyemburkan minyak wangi pada tubuh yang sudah berbau peluh?
Minyak wangi atau penyembur sebenarnya digunakan untuk membuat tubuh wangi dan bukan untuk menutupi bau badan. Namun, atas faktor kebiasaan, ramai yang menggunakan minyak wangi untuk menutupi bau badan.
Minyak wangi, cologne atau bedak tidak memiliki zat aktif pembunuh bakteria serta tidak boleh menghentikan peluh di bahagian kulit atau kelenjar apoccrine. Sebaiknya cari produk yang memang memiliki kandungan zat aktif untuk melawan bau badan seperti deodoran atau tawas.
Soalan 3: Berapa lama daya tahan sebotol minyak wangi?
Pada dasarnya, minyak wangi harus disimpan ditempat yang bersuhu bilik / tidak terdedah kepada matahari. Jika penutupnya telah dibuka, minyak wangi itu perlu dihabiskan dalam waktu tiga tahun. Kalau tidak, ia akan berevaporasi dan warnanya juga akan berubah. Ada juga orang yang memakainya akan mengalami alergi dek kerana alkohol atau bahannya ekstraknya telah pun rosak. Akibatnya kulit akan jadi gatal-gatal.
Soalan 4: Mengapa ada minyak wangi yang baunya cepat hilang, ada pula yang tahan lama?
Minyak wangi adalah campuran wangian berasaskan minyak atau alkohol serta campuran aroma dan pelarut yang digunakan untuk memberi haruman yang dikehendaki. Setiap satunya mempunyai ketahanan yang berbeza bergantung pada campuran yang terdapat di dalamnya. Label pada perfume menunjukkan kadar ketahanan bagi sesuatu minyak wangi samaada Eau de Cologne (EDC), Eau de Toilette (EDT), Eau de Parfum (EDP) atau Perfume.
Soalan 5: Apa yang dimaksud top, middle, dan base notes?
Top Notes – aroma yang dirasakan terus ketika minyak wangi disemburkan. Aromanya lebih ringan dan meruap dengan cepat untuk membentuk kesan awal harumannya. Oleh yang demikian, ia sangat penting dalam proses penjualan. Juga disebut “Head Notes”.
Middle Notes – aroma yang muncul ketika aroma dari top notes mulai menghilang. Aromanya kadang kala kurang sedap saat pertama kali muncul (tapi lama kelamaan menjadi menarik/sedap). Middle Notes juga di sebut sebagai “Heart Notes”.
Base Notes – aroma yang muncul ketika aroma middle notes mula menghilang. Middle dan Base notes adalah aroma utama bagi sesebuah minyak wangi. Aroma dari basenote biasanya ‘kaya’, ‘dalam’ serta biasanya hanya dapat dirasakan selepas 30 minit semburan.
Soalan 6: Bagaimana menyimpan minyak wangi agar tahan lebih lama?
Kalau anda seorang pengumpul minyak wangi dan ingin mempamerkan koleksi anda di almari, silakan. Namun, jangan sampai tempat penyimpanan ini terdedah pada sinar matahari secara langsung.
Walaubagaimanapun, dalam tempoh waktu tertentu, warna minyak wangi tersebut akan berubah lebih gelap dek kerana proses pengoksidaan. Oleh sebab itulah minyak wangi selalunya disimpan dalam kotak kadbod berlapis. Tujuannya, agar minyak wangi tidak terdedah dengan udara/suhu panas luar. Sehabis sahaja selesai memakai minyak wangi, simpan kembali di kotak supaya hawa yang panas atau dingin tidak dapat mempengaruhi aroma minyak wangi tersebut.
Leave a Reply