Biasalah, untuk memebli apa-apa barang sekalipun, jenama pengeluar barangan akan menjadi salah satu faktor utama pembelian. Aku sendiri pening kepala juga tatkala memikirkan jenama apakah yang aku mahu beli untuk laptop kawan aku ini. Yelah, dia pun mengharapkan daripada aku untuk perkara teknikal seperti ini. Bagi aku senang, ada duit semua jalan. Akan tetapi dalam situasi semasa, bajet untuk kami ialah RM2K ++ untuk sebuah laptop. Paling maksimum pun RM2.3K!

Aku buat servey dan surf via internet mengenai pandangan orang mengenai jenama jenama laptop yang gaik, bagus dan popular. Pada masa yang sama sedikit sukar untuk mengetahui jenama laptop yang benar benar mendapat review yang baik daripada semua pihak. Masing masing punya pandangan dan citarasa sendiri. Jadi, aku makin keliru.

Semasa aku membeli laptop 1st aku, memang aku tak fikir panjang dan pada masa itu pun memang jenama yang ada dipasaran pun kurang. Jadi Acer memang menjadi pilihan. Sesuailah dengan bajet student yang aku ada. Alhamdulillah laptop acer yang aku guna sampai sekarang OK dan boleh dipakai. Cuma ada masalah hardware sahaja. Mungkin asyik buka tutup buka tutup sahaja :) Pada masa yang sama, hairan juga aku kenapa kebanyakan review yang diberikan banyak bagi respon negative pada jenama ini. Pelik bukan.

Oh, laptop dulu tak sama dengan laptop zaman sekarang rasanya

Yang bagus = Fujitsu, Lenovo, HP, Toshiba, Sony , NEC

Yang Sederhana = Compaq , ASUS

Yang kurang = Acer , MSI, Benq

Bagi aku, It is not what you use… It is about how you use. Ianya sangat subjektif. Nak pakai lama, kelah tengok spesifikasi spesifikasi tertentu. Jangan tengok harga semata mata.

Berikut merupakan antara review yang aku dapat daripada beberapa laman blog yang aku kunjungi :-

ASUS

  • Aku tengok, jenama ini sedang menjadi tumpuan golongan profesional dan separa profesional.
  • Made in Korea
  • Dikatakan mempunyai masalah pada graphic
  • Punya kelebihan pada Thumbprint security system
  • Dikatakan sebagai pengeluar motherboard terbesar didunia
  • Warranty 2 tahun
  • Aku ada reviw graph tahap kerosakan diantara semua jenama dan terbukti jenama asus ini punya tahap kerosakan terendah dan diikuti oleh Toshiba, Sony, Apple, Dell, Lenovo, Acer, Gateway dan akhir sekali HP!
  • Salah satu jenama pilihan aku

ACER

  • Jenama yang berkembang pesat.
  • Last visit aku di Pikom PC Fair tahun lepas, dikatakan jenama ini adalah yang terbesar di dunia.
  • dikatakan 70% komputer bermasalah yang dihantar ke kedai ialah jenama acer. Pelik cz aku guna hampir 5 tahun. Tak rosak pula. Kesian Acer. Mungkin tak tahan lasak kot.
  • Salah satu jenama pilihan aku semasa study dahulu. Now? Tak sure :)

HP

  • Dikatakan jenama yang paling tip top. Yahudi punya lah katakan. Event semasa aku belajar dahulu pun jenama ini yang 1st. Tapi tak pasti, kenapa sejak kebelakangan ini jenama ini merudum
  • Banyak juga company yang aku tengok guna jenama ini. Betul. Mungkin mereka punya test market adalah company company besar kot
  • Bukan jenama pilihan aku. Designnya kurang menarik perhatian aku

COMPAQ

  • Dahulu, semasa study jenama ini merupakan antara yang popular dikalangan kawan kawan aku. Tapi apapun, acer menjadi pilihan aku pada masa itu dek kerana faktor harga.
  • Tak pasti apa status jenama ini. Macam kurang publisiti je sejak akhir akhir ini

DELL

  • Antara jenama yang gigih buat promosi sana sini.
  • Based on review, punya ramai peminat dan pengguna setia.
  • Salah satu jenama yang mungkin aku akan beli untuk laptop dalam jangka masa terdekat ini.
  • Berminat pada Alienware dia. ohh… GAME FOREVER!

TOSHIBA

  • Dah macam jenama elektrik bagai :)
  • Dikatakan tahan lasak dan punya design yang creative
  • OS dan Bios punya masalah? Oh… mungkin jenama pilihan kedua.
  • Macam agak kurang popular sahaja

Lenovo

  • Dahulu dikenali debagai IBM
  • Design tidak berapa cantik
  • Dahulu, bahagian ICT office aku ada banyak laptop jenama ini. Memang leceh

Sony VAIO

  • Harganya mahal
  • nampak stylo dan design cantik
  • Nampak macam bermasalah pada software. 
  • Kawan aku guna jenama ini now. Tapi macam kureng sedikit. Bagi free boleh lah

APPLE

  • Tak perlu review lebih lebih. Memang semua sedia maklum.
  • Kalau aku ada duit lebih, pastinya aku akan beli laptop daripada jenama ini. As 2nd lappy
  • Buat pada masa ini aku tolek ketepi dahulu cz kebanyakan OS di office aku masih menggunakan Window. Jadi satu hal pula nak convert bagai. Leceh