Apa itu Piramid Makanan?
Piramid Makanan adalah panduan bagi merancang diet bagi memenuhi keperluan nutrien yang disyorkan bagi tujuan kesihatan.
Ia mencadangkan plan diet berdasarkan kepada 5 kumpulan makanan iaitu:-
- Roti, bijirin, nasi dan pasta
- Sayur-sayuran
- Buah
- Susu, yogurt dan keju
- Daging, ayam, ikan, kekacang dan telur.
Selain itu, piramid makanan ini juga mengesyorkan pengambilan lemak, minyak dan gula pada kuantiti yang minimum (sedikit).
Bentuk ‘piramid’ digunakan bagi memperlihatkan sumbangan relatif yang diberikan oleh setiap kumpulan makanan tersebut. Daripada banyak, sedang-sedang dan akhirnya sedikit.
Segala perancangan diet seharian perlu mengambil kira akan kadar ketumpatan nutrien / kepelbagaian / keseimbangan makanan. Ketumpatan nutrien disini merujuk kepada jumlah atau kandungan nutrien yang ada dalam makanan berbanding jumlah tenaga yang dibekalkan. Contohnya, susu skim membekalkan 300mg kalsium dalam 90 kalori. Manakala secawan aiskrim membekalkan 168mg kalsium dalam 265 kalori. Jadi, mana lebih baik? Sudah tentulah susu skim hihi.
Petua Memilih Makanan
1. Roti, bijirin, nasi & pasta
- Pilih roti bijirin dan bijirin penuh seperti rai atau gandum penuh, mil oat dan beras perang.
- Sederhanakan / kurangkan pengambilan makanan tinggi lemak seperti kek, biskut dan pastri.
- Hadkan pengambilan lemak atau gula tambahan sebagai sos atau sapuan atau penambah perisa.
2. Sayur
- Pelbagaikan pengambilan sayur.
- Lebihkan pengambilan sayur berdaun hijau (brokoli, salad etc), sayur berkanji (keledek, kentang etc), kacang buncis, lobak, tomato etc.
- Elakkan penggunaan minyak (menggoreng). Lebihkan masak dengan cara mengukus / membakar.
- Hadkan penggunaan perisa tambahan / sos etc
3. Buah
- Pilih buah-buahan yang segar / sejuk beku tanpa gula.
- Jika buah itu ditinkan bersama sirap pekat, bilas dahulu dengan air sebelum makan
- Makan buah (berserat)… bukannya jus.
4. Susu, yogurt dan keju
- Susu – rendah lemak atau susu skim
- yogurt – rendah lemak atau tanpa lemak
- keju – separa skim atau rendah lemak.
- Hadkan pengambilan keju dan aiskrim tinggi lemak
5. Daging, ayam, kekacang, telur
- Pilih daging pejal, ayam tanpa kulit/lemak dan kekacang kering.
- Masak dengan cara memanggang, bakar, rebus. Hadkan masak dengan cara menggoreng.
- Hadkan pengambilan kuning telur yamg tinggi kolestrol.
6. Lemak, minyak dan gula
- Kesemuanya mengandungi kalori yang tinggi dan mikronutrien yang rendah.
- Gantikan pengambilannya dengan sos atau bahan perasa rendah lemak
Sumber- Nutrition: Science & Application
Leave a Reply