Tahun perlu berusa dengan lebih gigih untuk menambah pendapatan tambahan. Sebab hujung tahun ini insyaallah rumah siap dan perlu untuk membuat pembayaran secara bulanan. Tersangat mencabar bidang pemasaran produk kecantikan dan kesihatan sekarang ini.
Rasanya dua domain tidak mencukupi untuk menguasai paparan pertama pada Google. Jadi, aku ambil keputusan untuk menambah satu lagi domain untuk ‘beri lebih pilihan’ kepada potential customer yang sedang mencari produk berkaitan.
Jika sebelum ini aku membeli domain dan hosting di DataKL, kali ini aku beli di GoDaddy.com. Biasalah, kita cuba pelbagaikan tanpa bergantung kepada satu-satu syarikat.
Tak merancang pun nak membeli domain pada ketika ini. kalau ikutkan perancangan, aku nak beli lepas raya aidilfitri nanti. Mana tahu, tetiba rajin membelek En Google, terus dapat tahu GoDaddy ada buat promosi untuk domain .com pada harga RM3.40 (tidak termasuk GST).
Harga yang jauh lebih murah berbanding tawaran oleh mana-mana syarikat di Malaysia. GoDaddy ini dari Amerika Syarikat kot. Dulu aku beli domain RM45. Tapi kini lepas GST harga naik kepada RM50 bla bla bla untuk .com punya. Dapat tawaran semurah harga seketul ayam goreng, terus beli tanpa menunggu lama. GRAB terus dikk.
Hosting tak beli lagi. Aku merancang nak park je kat hosting DataKL. Sudah selesa dan lama dengan mereka. Pada pandangan aku, server hosting tu biarlah terletak di Malaysia. Senang nak berkomunikasi dengan technician jika ada apa-apa masalah. Komunikasi pun mudah. Tak faham, call atau hantar je tiket guna bahasa pasar haha.
Leave a Reply