Sabtu ahad memang sesuai untuk berlibur hihi. Sesuai lah sangat tukar slang dek kerana sedang menonton cerita indonesia apa ertinya cinta. Pengsan. Oh. . . Petang petang macam nie mulalah berfikir mahu buka apa hari ini. Tak ready apa apa pun lagi. Still ingat dan kenyang lagi berbuka puasa di Bumbu Desa semalam. Pengsan lagi
Semalam plan memang nak makan di somewhere area Alamanda. Tapi aku nak usha usha dulu yang mana paling berbaloi dan menepati citarasa. Asalnya nak pergi makan di TGI tapi cz aku pernah datang makan kat situ dulu dan makanan pun x memenuhi selera aku sgt mcm kat Chilli’s. So cancel dulu

Bumbu Desa Alamanda
Akhirnya we decided untuk berbuka puasa di Restoran Bumbu Desa dek kerana harga yang ditawarkan agak murah dan nampak macam berbaloi iaitu RM49++. Kalau makan pada hari biasa, mahal woooo tempat ini. Juadah yang disediakan adalah 90% yang ada pada menu.

Menu Bumbu Desa
Sesuailah sangat cz signature restoran ini ialah masakan minang dan padang. . . Kira masuk jugak lah dengan selera dan tekak aku. Ala2 masakan kampung. Kira ok lah tu hahaha my fav.

Bumbu Desa

So far aku puas hati dengan service dan keenakan makanan yang disediakan. Nyum nyum. Makan pelan.pelan step by step untuk pastikan aku benar benar makan dengan banyak dan bersesuaian dengan harganya hahaha. Full fully

Memang terbaik dan puas hati



macam best je..
kartikel.com recently posted..Pesawat ‘diserang’ lebah
Memang best hihi