Aku sebenarnya dalam proses untuk membeli destop baru. Hajat dihati asal ada duit semua jadi. Tapi dalam situasi aku ini, tak boleh beli mana mana barang sesuka hati. Value For Money.

Sabtu yang lepas, aku usha usha destop di Jusco Cheras Selatan dan Lowyat KL. Tak tahu pulak aku ada Intel i3, i5 dan i7. Pengsan. Begitu cepat teknologi berkembang. Aku sendiri kurang mengikuti perkembangan menda alah ini. Pengsan lagi.

Apapun, disini aku sertakan secara ringkas beberapa perbezaan dan spesifikasi ketiga tiga processor ini :0

INTEL CORE i3

  • Digelar Arrandale
  • Merupakan pengganti kepada Intel Core 2 Dio.
  • Mempunyai 2 processor yang berjalan secara serentak dalam satu pakej pada frekuensi yang sama.
  • Mempunyai teknologi Intel Hyper-Threading yang membolehkannya melaksanakan 4 tugas dalam 1 masa dan dibahagikan kepada 2 processor (1 processor akan melakukan 2 tugas)
  • Terdapat Intel HD Graphic bagi menghasilkan gambar yang lebih tajam, warna yang banyak, video dan audio yang baik.
  • Mempunyai processor memory 4 mb cache sahaja.

INTEL CORE i5

  • Digelar Lynnfield
  • Didatangkan dengan teknologi turbo boost
  • Mempunyai 2 atau 4 core mengikut model
  • Mempunyai teknologi Intel Hyper-Threading
  • Didatangkan dengan Intel HD Graphic yang memberikan prestasi visual yang menggagumkan untuk gambar yang lebih tajam serta warna yang sekata
  • Mempunyai Video Card
  • Mampu bergerak dengan lebih pantas dalam melakukan kerja, bermain game dan mengedit video.
  • Mampu melakukan banyak kerja dengan serentak
  • Mempunyai Dual Channel DDR 3
  • Mempunyai 8mb cache processor memory cache

INTEL CORE i7

  • Merupakan processor pertama yang menggunakan teknologi ‘Nehalem;
  • Digelar Bloomfield
  • Mempunyai 2, 4 atau 6 core bergantung kepada model.
  • Dilengkapi dengan teknologi Intel Boost yang membolehkannya meningkatkan kuasa dengan lebih cepat dari frekuensi asal bagi melakukan kerja dengan lebih cepat secara automatik.
  • Mempunyai teknologi Intel Hyper-Threading
  • Dilengkapi dengan Integrated memory Controller yang menyokong 3 saluran memori DDR3 1066 Mhz bagi membolehkan memori bandwidth meningkat sehingga 25.6 GB/sec
  • Visual gambar yang lebih cantik
  • Mempunyai 8 MB Intel Smart Cache yang sudah cukup memberikan prestasi yang lebih tinggi, lebih efisien kepada subsistem cache