BUFFET RAMADHAN PICC 2012

Ramadhan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Bagi mereka meraka yang gemar untuk merasa makanan secara buffet, aku rasa PICC Putrajaya boleh dimasukkan dalam list mesti cuba.

Buffet Ramadhan PICC 2012 – Harga pada harga pada tahun ini ialah: -
  • RM60 untuk dewasa (tahun lepas RM55 – rasanya)
  • RM29 untuk kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun sahaja.
  • Bagi kanak-kanak bawah 6 tahun, PERCUMA!
  • Untuk tempahan berkumpulan, 10 orang DEWASA akan mendapat seorang percuma DEWASA.
  • Tempahan berkumpulan kanak-kanak TIDAK diambil kira.
Daya tarikan pada tahun 2012 ini ialah, ia akan dimeriahkan dengan jualan booth diluar kawasan Restoran Lakside View PICC.
Aku memang recommend tempat ini cz aku sendiri telah pergi berbuffet sebanyak 3 kali di sini tahun lepas :) Seingat aku lah.
PENDAPAT PERIBADI aku ialah :-
  • Makanan di sini disediakan oleh EDEN Catering. Memang sudah sedia maklum akan service dan khidmat kateringnya yang sedap :)
  • Pada tahun 2011 yang lalu : 1st time aku pergi ialah pada hari bekerja, 2nd time pada hari cuti dan 3rd time semasa last2 day puasa. Aku recommend bagi sesiapa yang mahu try makan sini untuk datang pada waktu bekerja / cuti di awal2 atau pertengahan ramadhan. Cz aku tengok, tahun lepas time aku datang sewaktu last2 bulan ramadhan … makanan yang disediakan agak kurang. Tak banyak choice…
  • Pada tahun lepas, seperti biasa aku akan booking dulu tempat. So,aku fikir ikut suka hati akulah kan nak datang awal atau lewat. Tapi tension bercampur terperanjat cz kat luar pintu masuk restoran tu ramai orang beratur. Dari segi management memang lemah. Meja untuk orang yang dah booking pun macam tak di urus dengan baik.
  • Ada satu masa tu aku datang area 30 minit hingga 45 minit sebelum waktu berbuka puasa. Aku booking tempat, tapi sampai waktu berbuka…aku still tak dapat tempat duduk lagi + ramai yang beratur. Maybe ramai sangat yang walkin kot. Tapi hairan, walkin dan booking seakan tiada bezanya. Moral of the story..sila datang awal sedikit. Lagi2 time hujung minggu :)
  • Dari segi layanan dan pembersihan pinggan mangkuk pula, seakan lambat. Mungkin orang ramai sangat kot. Tu yang pelayan tak menang tangan. Tapi kecewalah juga. .. rasa makanannya sedap tapi perkhidmatan agak kurang memuaskan. Tak tahulah tahun 2012 ini macam mana.
Dek kerana makanan, variety dan harganyanya yang memang berbaloi, aku maafkan semua itu. THUMPS UP.. Harapnya tahun 2012 ini ada penambahbaikan yang dibuat.

 

One thought on “BUFFET RAMADHAN PICC 2012

  1. Pingback: MAKAN BUFFET RAMADHAN PICC PUTRAJAYA – BUFFET RAMADHAN, JALAN-JALAN | Mykeledek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge