Category Archives: CERITA AKU

cerita mengenai apa yang aku mahu cerita

TOMYAM PUTIH

image

Lama sangat tekak nie nak makan Tomyam Putih. Last last masak sendiri kat rumah. Ko ada?.

Cendawan dan So-On masak Tomyam putih. Inilah menu dinner aku hari ini. Dah beberapa hari aku tak makan malam hahaha. Patut badan nie rasa macam kurus sedikit. Kurang makan rupanya hihi.

Agak letih dan kurang sihat beberapa hari ini. Non stop memikir dan bergerak kehulu hilir. Pengsan. Mia dan Sockie je lah yang dok mengurut aku tiap malam guna kuku diorang. Sentap betul dengan budak budak nie. Sokmo kacau aku tidur. Dok suka sangat landing mana suka.

DESTOP PERIBADI PERTAMA AKU

image

Sibuk je anak anak kucing nie. Orang nak ambil gambar, diorang pun nak interframe sekali. Pantang penjaganya bawa balik something, semua berduyun duyun nak menggeledah sekali. Pengsan.

Oh, akhirnya cita cita selama berjaya juga akhirnya. Kini aku telahpun memiliki Destop peribadi aku sendiri. Akan aku gunakan dengan sebaik baik dan semaksimum yang boleh. Belajar dan terus explore apa apa yang patut demi masa depan diri sendiri, keluarga dan anak anak. Tetiba.
Continue reading

ORANG SINGAPURA SUKA MAKAN DURIAN KAMPUNG

image

Durian Kampung – 3 bungkus RM10 :) . Terus cepat cepat beli. Sometime, rasa durian kampung lebih sedap berbanding rasa durian yang ‘bervarieti’ bagai nie. Rasanya lebih original dan pure.

Pernah sekali aku dok join sembang dengan geng geng wartawan pertanian. Diorang kata, orang Singapura lebih suka makan durian kampung berbanding jenis jenis durian yang lain. Alasannya still sama juga – original dan pure. Not sure entah betul atau tidak.

Lain orang, lain citarasanya.