Category Archives: BUFFET RAMADHAN

senarai buffet makanan sempena ramadhan

BERBUKA PUASA DI BANGI GOLF RESORT

Semalam, aku berkesempatan untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort. My fav place untuk berbuka puasa ala buffet haha. Berbaloi kot. Ini adalah tahun ketiga aku buka puasa disini dan of cz ia tidak pernah menghampakan selera aku. Aku tengok, macam makin maju dan besar je tempat ini. Orang yang datang pun makin ramai. Ada penambahan tempat duduk je gamaknya

image

Terkejut jap

Aku masuk lewat dan dek kerana itulah aku tak dapat ambil banyak gambar. Malu kot nak ambil gambar clik clik clik hahaha. Orang ramai sangat . . . Tu yang tak tahan tu.

image

Juadah yang memenuhi selera aku

Banyak juadah yang disediakan memang memenuhi selera aku – kek cokelat, ulam ulaman, lauk.pauk kampung, mee goreng mamak, kambing panggang, sate, pencuci mulut dan makanan pelik pelik yang aku tak reti nak buat. Hihi

image

Air Jagung nya sedap

Yang penting, air jagungnya sedap dan pekat yang amat. I like. . . Ohhhh lama tak minum air bandun. Aku nak ambil ice cream, tapi orang beratur panjang sangat. Maybe ini kelemahan tempat ini kot. Tempat makan dan tempat hidangan di satu tempat yang sama. Agak sempit dan bersesak sesak sebenarnya.

Nasib baik makanannya sedap.

BERBUKA PUASA DI BUMBU DESA ALAMANDA

Sabtu ahad memang sesuai untuk berlibur hihi. Sesuai lah sangat tukar slang dek kerana sedang menonton cerita indonesia apa ertinya cinta. Pengsan. Oh. . . Petang petang macam nie mulalah berfikir mahu buka apa hari ini. Tak ready apa apa pun lagi. Still ingat dan kenyang lagi berbuka puasa di Bumbu Desa semalam. Pengsan lagi

Semalam plan memang nak makan di somewhere area Alamanda. Tapi aku nak usha usha dulu yang mana paling berbaloi dan menepati citarasa. Asalnya nak pergi makan di TGI tapi cz aku pernah datang makan kat situ dulu dan makanan pun x memenuhi selera aku sgt mcm kat Chilli’s. So cancel dulu

image

Bumbu Desa Alamanda

Akhirnya we decided untuk berbuka puasa di Restoran Bumbu Desa dek kerana harga yang ditawarkan agak murah dan nampak macam berbaloi iaitu RM49++. Kalau makan pada hari biasa, mahal woooo tempat ini. Juadah yang disediakan adalah 90% yang ada pada menu.

image

Menu Bumbu Desa

Continue reading

BERBUKA PUASA DI JW MARRIOT HOTEL KL

Pernah makan di JW Marriot Hotel KL? Kalau belum atau terasa nak merasa makan di Hotel + sedap + masakan melayu, disinilah tempatnya. Memang terbaik untuk sajian masakan melayu. Memang puas hati

Pada hari jumaat yang lalu, aku join berbuka puasa beramai ramai bersama sama dengan kawan kawan di area KL. Untuk tahun ini, kami memilih JW Marriot KL. Ini pengalaman pertama aku makan secara buffet ramadhan di hotel ini. Khabarnya sedap. . . Ceh, drama jap.

Makan buffet kat sini ada 2 package. Satu berharga RM70++ dan satu lagi berharga RM60++. Im not sure cz kami pergi ramai ramai jadi aku tak ambil tahu sangat the detail one. Nak yang detail, refer website berkaitan. Tp personally, harganya memang berbaloi baloi. Kenapa aku cakap camtu? Lets

image

Pilihan makanan yang banyak

1. Hidangan yang disediakan, memang menyelerakan.
2. Kebanyakan juadah yang disediakan adalah masakan melayu. My fav
3. Pilihan yang banyak
4. Service tip top
5. Tidak crowded. Makanan disediakan di banyak tempat

Continue reading

BUKA PUASA DI PICC PUTRAJAYA LAGI

Semalam, untuk kali keduanya aku berpeluang untuk berbuka puasa sekali lagi di PICC Putrajaya. Kali ini aku join buka puasa ramai ramai dengan rakan rakan pejabat. Sweet

image

Buka Puasa di PICC Putrajaya

Biasalah, kalau dah pergi kali kedua tu. . Jiwa gelojohnya agak kurang. Ala ala dah camtu hahaha. Tapi aku rasa hairan cz aku perhatikan macam orang yang datang berbuka disini macam tak semeriah tahun lepas. Not sure. . . Ini pandangan aku sahaja

Apa yang syok sangat makan kat sini? Apa yang sedap? Kawasannya luas dan aku selesa dengan keadaan ini Antara juadah yang aku suka disini ialah – kari ikan, sup, sambal ikan bilis dan char kuew tiaw. Yang lain2 pun sedap gak tapi menu ini yang paling aku syok haha

Continue reading

BUFFET RAMADHAN PUTRAJAYA 2012

Berikut merupakan senarai beberapa tempat Buffet Ramadhan di Putrajaya 2012 untuk rujukan bersama :-

Restoran Dapurmas, Presint 9
Dewasa = RM28, Kanak-kanak = RM10.
Contact : 013 – 3310299

KELAB TASIK PUTRAJAYA RAMADHAN BUFFET BY THE LAKE
6:30 PM – 9:00PM, 3 Sept – 28 Sept 2008
ADULTS – RM 45.00 nett/ pax
CHILDREN (4 to 12 yrs old) – RM 23.00 nett/pax
SAMUDERA RESTAURANT
KELAB TASIK PUTRAJAYA
NO 2, JALAN P8, PRESINT 8, 62250 PUTRAJAYA
CALL 03-88895008 EXT 106 FOR RESERVATIONS

Powerbowl Cafe @ ARL Powerbowl Alamanda
Dewasa = RM40 nett, Kanak-kanak = RM20 nett.
Contact : 03-8889 4991 / 4992

Mangiamo! Cafe @ Taman Ekuestrian Putrajaya, Precint 5
Dewasa = RM57nett, Kanak-kanak = RM35 nett
Contact : 03-8888 6080

Palm Hill Cafe @ Shangri-la Putrajaya
Dewasa = RM110nett, Kanak-kanak = 50% less
Contact : 03-8887 8882