image

Agak lama jugak aku kurang mengupdate blog sendiri. Sejak tengok Istanbul Aku Datang, semangat untuk mengupdate kembali berkobar kobar hihi. Biasalah, mood orang memang akan turun naik sokmo. Sabar je lah.

Lebih kurang 2 minggu sebelum raya, timbul kesedaran dan kehendak untuk mencuba produk Air Purifier dari Coway. Alasannya mudah, aku tengok Air Purifier jenama Sharp yang ada kat rumah tu seakan tidak praktikal untuk rumah yang ada kucing berbulu. Produk bagus, tapi tak nampak sangat keberkesanannya di rumah aku – for certain time. Oh, maybe tak cukup power kot.

image

Coway Lombok 2 ini harganya RM3100 kalau beli / RM100 per month kalau disewa. Katanya, untuk Lombok 2 ini, diorang buat promosi – harganya menjadi RM2k lebih kalau beli sebelum 1 Ogos 2013. Nampak menarik bukan?

image

So, aku pun ikut sama bersetuju untuk membuat pembelian Coway Air Purifier Lombok 2 ini. Kalau tengok kepada spesifikasi produk ini, nampak macam bagus dan sesuai.

So far, sepanjang penggunaan air purifier coway ini, aku rasa segar sedikit r udara kat rumah. Habuk pun nampak macam kurang je. Ada beza sebelum dan selepas menggunakannya. Lagipun, Coway Air Purifier Lombok 2 ini boleh memerangkap bulu kucing. I like it.

Mahukan info lanjut? Tengok Youtube / google sendiri atau rujuk sendiri laman web Coway Malaysia. Tq