Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun? Akan Datang – Drama terbaru adaptasi novel Duda Terlajak Laris karya Aifa Batrisya bakal mengisi slot Akasia TV3.
JUDUL : DUDA TERLAJAK LARIS
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 April 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Aifa Batrisya
SKRIP OLEH: Shuhadatul Ain Zakaria
PENGARAH : Fairuz Loy
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Idris Khan, Zara Zya, Bella Nazari, Wawa Zainal, Anis Al-Idrus, Kuza Muzaini, Arash Mohd, Laila Nasir, Ikhlas Jalil, Syed Ali
Watak Pelakon
- Idris Khan sebagai Zafran Aldrin (Zack )
- Zara Zya sebagai Pehah / Inas
- Bella Nazari sebagai Idayu
- Wawa Zainal sebagai Anis Nabihah
- Anis Al-Idrus sebagai Zainura
- Kuza Muzaini sebagai Zah
Biodata Idris Khan
- Nama: Idris Khan Abdul Ghaffar Khan
- Nama Samaran: Idris
- Asal: Cheras, Kuala Lumpur
- Keluarga: Anak Kelima Dari Enam Beradik Lelaki
- Tarikh Lahir: 15 Disember 1988
- Zodiak: Sagitarius
- Drama : Abang Sado Jemur Kain (slot Iriz, TV3, j
am 6.30 petang), Uda & Dara, Abang Sado Ko Ado , Puteri Gunung Ledang (di HyppTv)
- Pernah menjadi Top 5 Hero remaja 2008 bersama-sama dengan Kamal Adli dan Fizo Omar
Sinopsis Drama Duda Terlajak Laris
Mengisahkan Zafran Aldrin (Lakonan Idris Khan) disuruh bernikah diusia 18 tahun. Ini semua bermula dari satu insiden menukar sebiji mentol, perangkap yang dibuat oleh Pehah (Lakonan Zara Zya), adik angkat Bob sahabatnya. Demi menjaga air muka tok ayah sebagai imam masjid kampung. Zack menikahi Pehah di usia yang muda.
Selepas kejadian itu Zack melarikan diri dan meninggalkan Pehah tanpa pesan. Zack mengambil keputusan untuk lari ke Aussie, Australia dan tinggal bersama kakaknya, Zainura (Lakonan Anis Al-Idrus) sambil menyambung pelajarannya di sana.
Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya! – Pehah.
Pehah, Pehah… Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing- pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiii.. – Zack.
Dua tahun berlalu, Zack pulang semula ke kampung selepas menerima panggilan pemergian Tok Ayah yang disayanginya. Kemudian, Zack menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Pehah sempat mengingatkan Zack bahawa suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata-kata itu bagai satu sumpahan apabila Zack masih tidak berkahwin walaupun kejadian tersebut sudah 8 tahun berlalu.
Ibu Zack mahukan Zack berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Beberapa kali Zack putus tunang sehingga ibunya hampir putus asa. Zainura memperkenalkan Idayu (Lakonan Bella Nazari) pada keluarga mereka. Idayu telah lama menyukai Zack sejak mereka di Aussie lagi. Zack hanya menerima sahaja dia ditunangkan dengan Idayu.
Nope. I am okay with that. Saya tak kesah pun sama ada awak ni duda atau teruna sebab saya tak pernah letak syarat apa-apa pada calon suami saya. Dan kalau ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya mesti awak. Tak ada orang lain. Hanya Zafran Aldrin! – Idayu.
Pada waktu itu juga, muncul Anis Nabihah (Lakonan Wawa Zainal). Kehadiran Anis mengingatkan Zack kepada Pehah, bekas jandanya dulu. Zack mula mendekati Anis membuat Idayu cemburu. Idayu yang kecewa pergi buat selamanya selepas terlibat dalam kemalangan. Zack rasa serba salah dan Anis menjadi kawan baiknya ketika itu.
Pada suatu hari, Zack pergi ke klinik gigi untuk mengubati giginya yang sakit. Disana dipertemukan dia dengan seorang doktor gigi yang berpurdah bernama Inas. Zack mahu mengenali Inas apabila dia merasakan sesuatu yang pelik dan mula menyukai Inas. Siapakah Inas sebenarnya? Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini?
Tonton Online Drama Akasia TV3 – Duda Terlajak Laris (Sedang Dikemaskini)
Episod 1 : Episod 2 : Episod 3 : Episod 4 : Episod 5 : Episod 6 : Episod 7 : Episod 8 : Episod 9 : Episod 10
Episod 1 : Episod 12 : Episod 13 : Episod 14 : Episod 15 : Episod 16 : Episod 17 : Episod 18 : Episod 19 : Episod 20
Episod 21 : Episod 22 : Episod 23 : Episod 24 : Episod 25 : Episod 26
Video Promo Duda Terlajak Laris
Leave a Reply