Sekali lagi novel dari penulis Syamnuriezmil terpilih dalam drama adaptasi selepas kejayaannya dari novel dan drama Tuan Anas Mikail . Kali ini nak cerita tentang novel Suami tanpa cinta. Cerita yang tidak terlalu berat masih lagi mengekalkan kisah kekeluargaan dan cinta. Novel yang agak tebal 800 muka surat ini memang best. Drama bersiri ini diterbitkan oleh Pena Creative Picture Sdn Bhd.
Cinta yang sempurna, bila kita dicintai dan mencintai. Cinta yang sejati, bila kita gembira melihat insan yang kita cintai bahagia walaupun bukan bersama kita. Cinta yang poyo… bila dia cintakan aku, dan aku tahu aku juga cintakan dia, tapi aku tak boleh cakap aku cinta.
Tayangan: Astro Ria & Ria HD
Siaran : Mulai 4 April 2016 (Isnin – Khamis 10.00 malam)
Jumlah Episod: 16
Pengarah: MP Roslin
Watak Pelakon:
- Shukri Yahya sebagai Zaidan Iman
- Janna Nick sebagai Ain Syifa
- Mark Adam sebagai Rafael
- Cristina Suzanne sebagai Alesya
- Afzan A.Rahman sebagai Uzair
- Sarah Hildebrand sebagai Adura
Biodata Shukri Yahya
- Nama penuh: Mohd Syukri bin Yahaya
- Tarikh Lahir: 13 Jun 1988
- Asal: Cheras Kuala Lumpur
- Telemovie: Utusan Ilahi, Selempang Kuning, Kereta Kita, Yang Mana Satu, Sebuah Pangkin Kayu, Nenek Ranggi, Baju Raya Kain Perca, Engkau Laksana Bulan, Mawar Putih Tanda Perpisahan, Perempuan Itu Ibuku, Munajat Terhenti, Atukku Juniorku
- Filem: Jiwa Taiko (Bara Jiwa), Ular, Lari
- Drama: Asam Pedas Untuk Dia, Jika Itu Takdirku, Menjinak Ombak, Ruby, Sahabat, Juvana, Plan B, Tabuh Merdeka, Dendam 5 Beradik, Antara Dia, Asmara Luna, Diari Platun, Dia Isteri Luar Biasa (2015)
Biodata Janna Nick
- Nama Penuh : Nurul Jannah binti Muner
- Tarikh Lahir : Tahun 1995
- Asal : Sungai Petani, Kedah
Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta
Tidak sempurna KITA kalau tidak bersama, tapi kalau KITA bersama, ia lebih dari sempurna.
Mengisahkan Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.
Namun perkahwinan mereka bersyarat. Sekiranya jatuh talak ke atas ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.
Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar si isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.
Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya.
Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain ? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah ? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh ain itu ?
Tonton Online Drama Suami Tanpa Cinta
Episod 1 : Episod 2: Episod 3 : Episod 4 : Episod 5
Episod 6 : Episod 7 : Episod 8 : Episod 9 : Episod 10
Episod 11 : Episod 12 : Episod 13 : Episod 14 : Episod 15
Episod 16
Leave a Reply