Semalam, tatkala menonton Wayang di IOI City Mall Putrajaya, terlihat iklan Camera Mirrorless daripada Sony. Nampak macam menarik je camera yang diiklankan tu. Habis sahaja menonton wayang, kami terus singgah ke Sony Center di IOI City Mall tu. Belek punya belek, kelu lidah berkata-kata sebab customer service yang menjaga Sony Centre tu buat tak layan sangat dengan kehadiran kami. Jadi, kami pun blah dan terus ke Harvey Norman. Guna Olympus Pen E-PL7
Orang yang jaga Photo Center tu pun OK dan terangkan satu persatu fungsi dan kelebihan tiap satu kamera yang ada. Daripada nak beli Sony, kami terus beli Olympus. Bersaiz kompak, mudah dibawa dan boleh tahan murah sebab Olympus sedang buat promosi ulangtahun ke 80 diorang. Ada dua pilihan samaada nak beli Olympus Pen E-PL7 atau Olympus Pen E-PL8 (model terkini). Katanya tidak banyak beza sangat pun sebab bezanya hanya pada body dan time ambil gambar berlatar belakangkan cahaya matahari. Orang macam aku nie mana nak faham akan spesifikasi kamera sangat. asalkan gambar nampak cantik itu sudah memadai. OK, kita angkut Olympus Pen E-PL7 sahaja. Sebab dapat beli lense untuk jarak jauh pad aharga RM200 (harga asal RM1,200). Jadi total adalah lebih kurang RM2,200
Ini adalah spesifikasi kamera Olympus Pen. Aku cari kat Google je. Untuk dapatkan butiran dan penerangan yang lengkap, lebih baik browse di laman web yang memang khusus dengan teknologi kamera nie kan. Bolh lihat sendiri review daripada orang dan buat perbandingan yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing. Hasil gambar sama macam DSLR tapi kamera bersaiz kompak. Senang nak hangkut kemana-mana.
Senang ada kamera yang khusus untuk ambil gambar nie. Lebih lebih lagi kalau nak travel jauh, memang kene ada kamera sendiri. Tak boleh pakai smartphone semata-mata. Bateri cepat habis dikkk. Olympus Pen E-PL7 ini ada kemudahan wifi yang boleh menghubungkan Smartphone dengan kamera. Jadi, mana-mana gambar yang kita nak pakai dan kongsikan di laman sosial tu, pindahkan sahaja melalui aplikasi yang disediakan.
Memang hajat dihati nak buat live update je nanti.
Leave a Reply