Salah satu azam tahun 2018 aku ialah, aku berazam ingin menjadi seorang agen takaful berdaftar. Paling awal, hujung tahun 2018 atau paling lewat awal tahun 2019. Rasa sayang yang amat sebab aku memang minat bidang takaful nie. Pada masa yang sama, ingin menambah cabang pendapatan tambahan sedia ada.
Berdasarkan kepada pengamatan kasar, agen takaful ini kelihatan menarik sebab menawarkan imbuhan berbentuk komisen. Komisen yang diperolehi pula bergantung kepada berapa jumlah caruman yang dibuat oleh peserta dan jenis produk takaful mahupun insuran yang disertai.
Aku tengok, makin lama makin berkembang bidang nie. Buktinya, nampak makin kaya semacam je orang yang aktif menjual takaful nie. Itu yang tergerak hati nak mencuba dan merasa jerih perih seorang agen takaful / insuran 🙂
Hasil pembacaan, pendaftaran dan pihak yang bertanggungjawab keatas semua agen takaful ini ialah Persatuan Takaful Malaysia. Secara amnya ada dua jenis agen dalam perniagaan takaful iaitu Agen Takaful Keluarga dan Agen Takaful Am. Sebelum dilantik secara sah, agen perlu LULUS dalam Peperiksaan Asas Takaful yang dikendalikan oleh Persatuan Takaful Malaysia (MTA).
Selepas lulus, barulah diterima menjadi Agen Takaful Am atau Agen Takaful Keluarga. Setiap agen yang dilantik perlu menjalankan tugas-tugas berkaitan. Antara tugas utama seorang agen dalam pemasaran produk takaful ialah :-
- membantu dalam pembangunan produk bagi memenuhi keperluan pengguna
- menjalankan khidmat nasihat dan rundingan
- memastikan keperluan peserta dapat dipenuhi
Macam mana pula proses pemasaran produk takaful pula? Sebagai agen takaful individu, terdapat 5 langkah yang disyorkan :-
- Kenal pasti bakal prospek. Agen boleh buka kaunter di mana-mana seminar atau tempat tumpuan umum. Penggunaan media sosial pun okay
- Penggunaan bahan pemasaran seperti brochure, bunting atau video. teknik menarik penyertaan terhadap produk takaful perlu unik, kreatif dan berinovasi.
- Membentuk keinginan prospek untuk menyertai pelan takaful yang dibawa. Agen boleh menemubual dan berbicara mengenai kelebihan produk takaful yang bersesuaian. Daripada sini, agen boleh mengetahui akan keperluan dan kemampuan prospek.
- Dengar dan faham akan keperluan takaful prospek. Ia mungkin memerlukan masa untuk mencapai persetujuan akhir. Kesabaran dan cara penyampaian yang meyakinkan mingkin akan dapat menarik minat prospek
- Cuba dan cuba lagi. Persetujuan akhir kadangkala memerlukan beberapa siri pertemuan dan penerangan. Cuba cari asbab mengapa agen gagal pada penerangan pertama. Jika terdapat ruang yang boleh diperbaiki, cuba perbetulkan isu tersebut dengan perancangan yang lebih kukuh.
Leave a Reply