Pada zaman aku masih tadika,sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan sekarang ini juga, aku seringkali diceritakan dan diberitahu akan kehebatan orang cina aka negara China. Paling popular sekali ialah berkaitan dengan kata kata Nabi Muhammad saw yang antara lain menyatakan bahawa ‘biarlah belajar hingga ke negara China’. Cikgu cikgu aku dulu menerangkan bahawa penyataan ini membawa maksud ‘kalau nak belajar tu biar jauh pun xpe..ilmu harus dituntut walau sejauh mana sekalipun’. Logiknya, kedudukan negara arab dan China amat jauh. Tapi, aku punya pandangan yang berbeza dgn cikgu cikgu aku. Pada pandangan aku, kata kata nabi itu membawa maksud ‘belajarlah apa apa ilmu pun sampai ke negara china. Kerana disini tersimpannya 1001 jenis ilmu dan kepakaran. Disini juga akan wujud pelbagai jenis universiti aka sekolah yang mengajar pelbagai jenis dan cabang ilmu pengetahuan’. Lihat sahaja contoh terdekat pada hari ini, dimana kalau kita lihat negara China berkembang pesat untuk hampir kesemua sektor.

Cuma sayang, cz kerajaan yang memerintah adalah kerajaan berfahaman komunis. Dengan kata lain,dasar mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan. Dan sudah semestinya lama kelamaan ia akan memberi kesan kepada perkembangan agama atau lebih tepat lagi perkembangan agama islam di China.

Fakta sejarah menunjukkan bilangan penduduk China yang beragama islam hanyalah 30juta orang sahaja. Namun, terdapat juga sumber sumber tidak rasmi dan sahih menyatakan bahawa jumlah penduduk China yang beragama islam ialah kira kira 130juta orang lebih. Pada masa yang sama bilangan masjid yang dibina adalah kira kira 42,000 buah. Jadi, orang melayu yang kononnya mengamalkan ajaran islam janganlah besar kepala sangat. Bilangan orang Islam di China jauh lebih banyak dari orang islam di Malaysia :) ini fakta yang aku baca. Pemahaman aku.

Bahkan kalau ikut sejarah, penduduk China lebih awal lagi memeluk islam berbanding penduduk di nusantara atau lebih tepat lagi penduduk di Tanah Melayu aka Malaysia.

Mengikut pembacaan aku, agama islam telah sampai ke China sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Bahkan, dikatakan sebelum peristiwa hijrah lagi Nabi Muhammad telah mengutuskan beberapa orang sahabat untuk pergi berdakwah hingga ke China. Antaranya ialah :- Saad bin Abdul Qais, Urwah bin Uththan dll. Apa yang pasti, misi ini berjaya kerana umat islam membentuk penduduk majoriti di sebahagian besar wilayah China seperti Xinjiang, Gansu, Hubei, Qinghai dan Yunnan melalui beberapa suku etnik seperti Uyghur, Kazak, Tatar, Salar, Tajik dll

Direkodkan juga, hubungan diplomatik diantara negara China dan kerajaan islam telah mula terjalin sejak zaman pemerintahan Dinasti Tang dan pemerintahan Khulafah Arrasyidin Saidina Usman bin Affan lagi. Dikatakan penduduk pada zaman Dinasti Tang merasa hairan dengan kedatangan 3 orang asing yang menyembah langit tanpa ada tugu atau patung atau berhala di dalam tempat yang dipanggil masjid. Pada masa yang sama mereka juga tidak memakan daging khinzir, minum arak dan hanya memakan binatang yang telah disembelih sahaja. Apa yang pasti, 3 orang itu sudah semestinya merupakan pedagang arab yang datang berniaga dan berdakwah di Canton, China.

Dicatatkan juga, pada zaman pemerintahan Dinasti Tang telah berlaku satu pemberontakan Ann Shi yang berlaku pada tahaun 755 masihi. Peristiwa ini telah menyebabkan pemerintah pada masa itu meminta pertolongan daripada kerajaan islam pada masa itu untuk membantu memulihkan ketenteraman dan menghapuskan ancaman pemberontakan yang tercetus. Sebagai timbang taranya, kerajaan Dinasti Tang telah membenarkan tentara islam untuk bertapak di daerah Fang. Apa yang berlaku, tentera islam yang menetap disana telah berkahwin dgn penduduk tempatan dan seterusnya mengamalkan ajaran islam. Tak pasti pulaa aku daerah Fang ini terletak dimana. Mungkin juga keturunan mereka masih ada lagi

Selepas pemerintahan Dinasti Tang tumbang dan digantikan pula dengan kerajaan Dinasti Song, hubungan diplomatik dengan kerajaan islam arab masih kekal terjalin. Bahkan, dikatakan juga hubungan yang dijalinkan lebih baik dari kedua dua belah pihak. Jalinan ini terzahir dengan kehadiran ramai pedagang arab dan parsi ke negara China. Pada zaman ini juga sebuah masjid telah didirikan di Guangzhou, China.

Pada zaman Dinasti Yuan pula, hubungan baik ini terus terjalin. Pemerintah Yuan merupakan bangsa Monghul. Pemerintah dinasti ini dikatakan memihak kepada Islam. Dan aku rasa, agama pemerintah pada zaman ini Islam. Rasanya lah kot. Umat islam pada zaman ini diberi kebebasan untuk berniaga dan beberapa jawatan penting spt : Ketua Kewangan dan Gabenor Yunnan pada zaman Kublai Khan.

Dinasti Ming memerintah selepas Dinasti Yuan berjaya ditumbangkan. Aku rasa, pemerintahan Dinasti ini adalah pemerintahan dari orang islam. Buktinya, Maharaja Dinasti Ming ini telah mengarahkan pembinaan beberapa buah masjid. Beliau juga telah menulis satu watikah yang mengandungi 100 perkataan yang memuji Nabi Muhammad dan disebarkan ke seluruh China. Pada zaman ini islam berkembang dengan pesat dan para duta dihantar untuk menjalin hubungan dengan negara luar di Asia Tenggara dan Arab yang lain termasuk Melaka. Salah seorang utusan yang terkenal sudah semestinya Laksamana Cheng Ho yang juga beragama islam + telah 2 kali haji + membawa pulang lakaran kaabah ke China. Selain itu juga, dikatakan pada zaman ini kerajaan mengamalkan dasar tidak makan daging khinzir. Banyak khinzir yang dibunuh pada zaman ini. Jadi bagi aku, memang terbukti bahawa pemerintah pada zaman ini memang beragama islam. Logik akal.

Kalau ikut kepada cerita cerita kungfu aka dongeng yang ada di TV sekalipun, memang Dinasti Ming inilah merupakan antara dinasti yang memerintah China dgn baik dan maju. Itu aku punya pandangan dan pemahaman…