Sebelum ini, aku rasa kalau nak beli barangan gajet / IT / Telekomunikasi mesti kene beli kat kiosk kiosk yang aku sendiri tak tahu ketulenan dan keaslian barangan yang dijual. Logiknya, diorang boleh je tutup kedai dan bertukar ke tempat lain sesuka hati – orang kata.
Now, aku mula beralih membeli barangan gajet / IT / Telekomunikasi di kedai kedai yang lebih proper aka ada jenamanya yang tersendiri – Thunder Match, Challenger, Seri Komputer etc.
At least, harganya memang nyata dan tertera secara proper. Aku ini jenis yang malas aka tak pandai tawar menawar. So, memang agak susah kalau pergi kiosk biasa. Kekadang dan selalunya kiosk macam ni memang agak choosy. Pantang nampak customer yang boleh dimakan…memang dia tekan harga kow kow.
Emmm, aku dah jadi ahli kat Challenger. So, if let say kat sini diorang ada jual barangan yang aku mahukan, memang aku akan terus beli je kat sini. Lagipun, harga untuk ahli berbeza daripada harga biasa. Ada yang dapat diskaun RM2, dan ada juga yang dapat diskaun sehingga RM20 lebih camtu. Aku pun tak habis explore lagi hahahaha.
Plus, kalau ada apa apa senang aku nak rujuk hihi. Jadi ahli pun taklah sesusah mana. Bayar RM50 untuk jadi ahli + dapat power bank valore yang bernilai kira kira RM70 lebih. Atau beli power bank valore yang berharga kira kira RM119 then, terus jadi ahli hahaha. Keahlian valid untuk 2 tahun. Diorang tak bagi apa apa kad. Cuma kalau nak bayar tu bagitahu nombor mykad sahaja.
Harga yang aku nyatakan tu anggaran aku sahaja. Tak ingat bayarannya (perlu ke nak ingat) hihi. Besar kemungkinan, produk yang ditawarkan berbeza beza mengikut bulan / promosi. Im not sure.
Leave a Reply