Aku dari dulu / kecil memang suka bela kucing. Aku sendiri tak tahu. Tapi, kucing memang antara binatang peliharaan paling comel dan aku rasa memang digalakkan dalam Islam. Sunnah Nabi kerana Nabi pun bela kucing. Aku pun pelik jugak, kenapa ada sahaja isu dan video orang menyeksa kucing. Nampak sangat orang tu SAKIT JIWA. Dia tak tahu menilai kelebihan membela kucing kot. Meh sini aku ajar.
By the way, nama kucing aku CICI :)

Cici Fatimah

Cici si Pengacau

Si Kecil Cici - 4 bulan

Cici Lemah - Baru Lepas Kene Vaksin

Cici Si Pengotor

1) Memupuk sifat penyayang : kucing sangat manja dan sangat faham apa yang tuan dia cakap/ajar.
2) Memupuk sifat sabar : nak basuh tahi kucing memerlukan kesabaran yang tinggi sebab bau tahi kucing ya tuhan busuk OK! Pengsan
3) Relese Tension : Bela kucing mampu buat kita release stress sebab bila balik keje je mesti tension, tengok muka kucing hilang stress sebab muka kucing sangat comel! Serius comel!
4) Isi kesunyian : Bela kucing mampu kurangkan perasaan sunyi aku sebab bila aku ada masalah / sunyi, aku p main-main dengan kucing.Agak-agak dia paham tak? Pengsan. Lagipun, khabarnya syaitan / iblis tak suka kucing.
5) Tambah pahala : Bela kucing mampu tambahkan amalan pahala kita. Nabi Muhammad s.a.w pun bela kucing.
6) Tambah rezeki : Orang kata bela kucing dapat tambah rezeki. Mungkin betul sebab sejak bela kucing, rezeki aku cukup. Tak kurang tak lebih tapi kalau melimpah ruah pun OK gak . Alhamdulillah.
Next post nanti aku akan cuba cari kelebihan membela kucing ini berdasarkan kepada kajian pakar. Peace