Kene study mengenai pelancongan / lawatan / jalan jalan kedua untuk tahun 2013 – Hong Kong, Shenzhen dan Macau pada bulan Februari nanti. Kene banyakkan study cz tiada pengalaman langsung dengan Hong Kong, Shenzhen dan Macau ini. Aiiii..kene banyak refer Ah Seng dan Hanif gamaknya. Mereka pernah pergi sini 2 tahun lepas.

hong-kong-tourist-map-b Em….sudah semestinya suasana Hong Kong, Shenzhen dan Macau jauh berbeza dengan suasana di Phuket mahupun Ho Chi Minh. Itu yang kene study betul betul – Urban vs Bandar vs Pantai. Jauh beza tu :)
Hong-Kong-at-nightBab Hotel sudah selesai cz kami sudah booking :) Selamat untuk satu perkara. Kedudukan hotel kene berdekatan dengan Pengangkutan awam – itu yang paling penting. Nak pergi mana mana senang. Lagipun kos hidup di Hong Kong agak tinggi berbanding di Malaysia. That why kami tidak duduk di hotel / rumah tumpangan. Kami tinggal di ASRAMA :) Pengsan…

So far, destinasi utama yang akan kami pergi ialah Hong Kong Disneyland. Lain lain tempat itu masih menjadi tanda tanya. We still zero huhu.

China_Shenzhen_map_89880b588c8a4d08bcf31c925e86c0ed

Apa yang menarik dengan Shenzhen China? Still zero. Adakah disini ada jual Kain Sutera China dengan harga yang murah? Kalau ada… teingin nak beli juga huhu. Kene study bagaimana mahu pergi sini via Hong Kong. Khabarnya disini tempatnya memang BERSIH dan KEMAS.

shenzhen_city_skyline_china

Tengok gambar Shenzhen pun aku dah rasa risau. Tinggi tinggi bangunannya. Pengsan…URBAN juga gamaknya

macau-hongkong-map1

Dari Hong Kong..alang alang boleh merasa pergi ke MACAU. Insyaallah. Pergi ke Las Vegas Asia :) Tempat berjudi paling popular. Kalau berkesempatan….boleh je kalau nak pergi sini. Lagipun banyak bangunan bangunan bersejarah peninggalan penjajah Portugis disini – katanya. Boleh ambil gambar sekali huhu.

Perancangannya memang nampak FULL. Harap kesihatan dan segala perancangan berjalan dengan lancar. Insyaallah….

Bertitik tolak daripada entry ini, aku akan keep update mengenai Hong Kong, Shenzen China dan Macau – sebagai nota peribadi / rujukan bersama. Gitewwww

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) danGoogle +