Sedang merancang untuk menceburi bidang takaful secara separuh masa. Ya, industri takaful nampak macam boleh memberi pulangan lumayan (jika kena pada tempatnya). Hasil pembacaan, industri takaful & insurans ini tidak memerlukan modal yang banyak serta berisiko rendah.
Katanya – seorang agen hanya perlu mencari kira-kira 100 orang pelanggan sahaja seumur hidup untuk mendapatkan keuntungan yang konsisten dan berterusan. Sebab apa? seorang pelanggan yang membeli insurans atau takaful tatkala masih bujang, sudah semestinya akan menambah / membeli polisi untuk keluarganya selepas berkahwin.
Setakat ini tidak tentukan lagi syarikat mana yang berkenan dihati serta dekat dihati pelanggan. Kita usha-usha dulu pelan mereka satu persatu.
Leave a Reply