Masih lagi tidak mempunyai ‘kemampuan’ untuk memiliki sebuat motor idaman. Dalam masa setahun ini memang gigih mencari motor untuk dijadikan sebagai backup plan seandainya apa-apa terjadi. Boleh naik pengangkutan awam je pergi kerja. Ternampak iklan Boon Siew Honda Malaysia – Honda BeAT keluaran terbaharu mereka. Nampak macam Yamaha Ego je.
p/s Sengaja buat entry ini untuk test SEO pasal motor pula. Untuk maklumat pembelian aku juga dimasa hadapan. Mana tahu tetiba nak beli
Fakta mengenai Motor Honda BeAT:-
- Skuter pertama yang menerima pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga.
- Skuter yang menggunakan transmisi V-Belt (Automatik) ini sangat sesuai digunakan oleh golongan muda khususnya penuntk di institusi pengajian tinggi.
- Sekali imbas memang nampak sporty kan.
- Menggunakan kerangka yang lebih ringan sehingga 15 peratus berbanding model Honda yang lain pada kelas yang sama.
- Mempunyai ruang penyimpanan barang di bawah tempat duduk dan memiliki kapasiti tangki minyak sehingga 4 liter.
- Enjin 108.20cc dipadankan ciri Program Suntikan Bahan Api (PGM-Fi) dengan Peningkatan Kuasa Pintar (eSP)
- Mempunyai 2 imej yang mana lampu hadapannya yang berbentuk tajam berada di bawah.
- Bahagian belakangnya dihiasa lampu smoky dengan reka bentuk langsing yang nampak menariklah jugak.
- Didatangkan dengan rim tuangan 14 inci warna hitam yang turut dilengkapi dengan brek cakera di bahagian hadapannya.
- Menggunakan meter digital sporty dengan indikator eco dan akan menyala apabila motosikal ditunggang secara efisien.
- Menggunakan Sistem Brek Combi (CBS) yang memberikan kuasa hentian lebih pendek. Ia berfungsi sekiranya penunggang menarik tuil break secara kuat di bahagian kiri dan ia akan bertindak membrek hadapan serta belakang dengan nisbah 50:50. Ini bermakna penunggang tidak perlu menarik brek kiri dan kanan untuk memberi cengkaman brek pada tahap maksimum.
- Hadir dengan jaminan kilang 2 tahun atau 20,000 kilometer.
- Didatangkan pada 4 pilihan warna: merah, biru, hitam dan merah jambu.
Spesifikasi Honda BeAT
- Enjin: Empat lejang, 108.20cc,PGM-Fi daneSP
- Kuasa Maksimum : 8.77Ps pada 7,500rpm
- Tork maksimum : 9.14Nm pada 6,000rpm
- Transmisi : Automatik
- Harga : RM5,565 termasuk GST
Info Lanjut: Laman Web boon Siew Honda Malaysia
Leave a Reply