Salah satu pengetahuan yang diperlukan tatkala di Hong Kong ialah – Bagaimanakah Pengangkutan Awam di Hong Kong? Nak kene tahu tu.

1

Terdapat banyak cara untuk ‘berjalan-jalan’ sekitar Hong Kong : teksi, feri, keretapi, bas atau trem. Bandar ini dikatakan mempunyai antara sistem pengangkutan awam paling selamat, efisien dan kerap. Disamping itu juga, kaedah pembayarannya juga mudah iaitu dalam bentuk Kad Octopus. Apapun, aku akan rujuk Laman Web MRT ini untuk merancang perjalanan kami kelak. Insyaallah.

AIRPORT EXPRESS

MTR High-Speed Airport Express mengambil masa kira-kira 24 minit untuk sampai ke Pulau Hong Kong. Sama seperti ERL di Malaysia, ia adalah cara pengangkutan terpantas antara bandar dan lapangan terbang – katanya

Selain daripada itu, penumpang Airport Express juga boleh mengambil bas ulang-alik secara percuma dari stesen Kowloon dan Hong Kong untuk ke hotel-hotel terpilih yang utama.

Airport Expess Pass Travel

Beli 220 HKD atau 300 HKD Airport Express Travel Pas (kedua-duanya termasuk deposit yang akan dikembalikan sebanyak 50 HKD) untuk menikmati satu atau dua perjalanan tunggal di Airport Express, serta 3 hari berturut-turut perjalanan tanpa had di MTR, Aliran Ringan dan MTR Bas (yang beroperasi di barat laut New Territories)*. Tiket adalah sah selama 180 hari dari tarikh dikeluarkan.

Nota:
Airport Express Travel Pas hanya disediakan untuk pengunjung yang bukan penduduk Hong Kong dan yang telah berada di Hong Kong selama kurang daripada 14 hari.

*Tidak termasuk perjalanan tambahan di Airport Express, East Rail Talian Kelas Pertama, dan perjalanan ke atau dari Stesen Lo Wu atau Stesen Lok Ma Chau.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) danGoogle +