Aku tertarik dengan kenyataan Datuk Ibrahim Ali di Parlimen yang antara lain mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap Tan Sri KSN dan Tan Sri KPPA dengan menyegerakan persaraan mereka ekoran keputusan pembatalan SBPA.
Kenyataan ini aku rasakan memang rasional kerana kedua-dua mereka itulah yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada setiap kontroversi yang berlaku sejak SBPA ini diperkenalkan. Akibatnya, kerajaan terpaksa menanggung malu dan terpaksa berhadapan dengan kemarahan kakitangan awam sehinggalah SBPA dibatalkan oleh YAB PM dalam satu perhimpunan dengan penjawat awam di PICC baru-baru ini.
Aku sendiri hairan juga macammana cadangan ini boleh timbul dalam suasana pilihanraya yang semakin hampir ini. Aku rasa cadangan ini seakan terburu-buru dan macam ada sesuatu yang disembunyikan. Lebih-lebih lagi apabila menyentuh perkara yang berkaitan dengan gaji. Sensitif tu…
Pegawai diperingkat atasan menerima kenaikan gaji yang banyak manakala pegawai diperingkat bawahan hanya dapat sedikit sahaja. Nampak sangat cadangan ini tidak masuk akal.. tak seimbang.
Leave a Reply