Disini aku senaraikan beberapa buah masjid di Hong Kong untuk rujukan bersama. Kesemuanya aku rujuk di Laman En Google. Bukan apa, untuk memudahkan aku tatkala di Hong Kong nanti. Walau kemana sahaja kita berada…perintah Allah kene tunaikan. Insyaallah :)

MASJID AMMAR & OSMAN RAMJU SADICK ISLAMIC CENTRE, WAN CHAI HONG KONG

Masjid Ammar

  • Terletak di dalam bangunan 5 tingkat
  • Juga merupakan Pusat Islam Hong Kong
  • Waktu Solat di Hong Kong tidak jauh berbeza dengan Malaysia. Cuma waktu Asar dan Isyak sahaja yang agak awal.
  • Disini juga, terdapat kantin untuk para tetamu. Dijamin halal
  • Lokasi : 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong Island, Hong Kong

MASJID KOWLOON & ISLAMIC CENTRE, HONG KONG

Kowloon_Masjid_and_Islamic_Centre_from_East

  • Terletak di Tsim Sha Tsui yang terkenal dengan syurga membeli belah dikalangan para pelancong yang datang ke Hong Kong
  • Dibuka tahun 1984, menggantikan masjid lama yang dibangun tahun 1896 di tempat yang sama dengan kos hampir 25 juta dolar HK.
  • Masjid ini boleh menampung 2,000 orang dalam satu masa
  • Tiada masalah untuk mencari makanan halal di kawasan ini – kebanyakannya diusahakan oleh warga Pakistan dan Indonesia
  • Lokasi: 105 Nathan Road, TST (Tsim Sha Tsui), Kowloon.

MASJID JAMIAH / SHELLEY STREET MOSQUE

2009-11-22c_HK_MidLevels_JamiaMosque-pano11-606x750

  • Merupakan masjid tertua di Hongkong.
  • Bangunan ini didirikan pertama kali pada tahun 1849 yang kemudiannya dinaiktaraf pada 15 Ogos 1915 oleh H.M.H Essack Elias.Peletakan batu asasnya dilakukan oleh seorang pedagang india muslim bernama Suleman Curimmahomed.
  • Turut dimasukkan dalam List of Grade –  Historic Buildings di Hong Kong
  • Lokasi : 30 Shelley Street, Central, Hong Kong.

MASJID CHAI WAN

Chai Wan Mosque.preview

MASJID STANLEY

images

Untuk senarai penuh Masjid / Madrasah yang ada di Hong Kong, Sila Klik SINI dan SINI

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) danGoogle +