SHARP AIR PURIFIER

Secara kebetulan tadi di PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA @ PUTRAJAYA memang beli Air Purifier jenama Sharp yang menggunakan teknologi Plasmacluster. Harga biasa katanya RM699 tapi disini dijual pada harga RM499. OK kot. Jadi, beli jelah. . . Cz selama ini memang usha usha juga mahu beli Air Purifier berbanding aircond. Alasannya, tak mahu bergantung hidup dengan penghawa dingin sangat. Pagi petang siang malam mahu guna aircond. . . Tak elok untuk paru paru. Huhu

image

image

Kenapa membeli produk jenis ini? Entah, aku sendiri tak tahu hihi. Murah, so belilah. . Bila lagi kan?

Alasan utamanya ialah, alergik. Aku punya masalah elergik dengan habuk atau apa apa yang berkaitan dengan kotoran. Bunyinya agak menjengkelkan untuk orang kampung macam aku. Tapi itulah kenyataannya. Aku alami masalah ini pun sejak setahun yang lalu. Sampai sekarang memang sensitif dengan keadaan persekitaran. Nak buat macam mana kan. Ini salah satu iktiarnya.

Hidup bujang + jarang jarang dan malas mengemas rumah + depan dan belakang rumah ada construction pembinaan perumahan baru. . . Memang memaksa untuk membuat pembelian ini. Hidup tak tenteram dengan habuk ibu kota cinta hihi.

image

Ada banyak jenis kot jenama Sharp bagi produk Air Purifier ini. So, bincang punya bincang dengan promoter itu untuk perkara berkaitan, so kami sama sama decide Sharp Air Purifier model FU-Z31E adalah yang paling sesuai untuk digunakan dirumah. For long term usage dan keluasan persekitaran yang bersesuaian. Kene tahu semua ini. . .

Apa itu Sharp Air Purifier?

1. Teknologi Plusmacluster yang digunakan melepaskan plasma untuk menghasilkan sejumlah ion positif dan negatif sama seperti alam semulajadi

2. Fungsi utamanya adalah untuk menyahaktifkan alergan, habuk, bakteria etc yang berterbangan di udara.

Ini penerangan yang aku dapat daripada buku panduan yang dibekalkan. Betullah tu kot. Lain-lain itu, google atau Wikipedia je

image

image

Harapnya ada perubahanlah selepas ini. Insyaallah

7 thoughts on “SHARP AIR PURIFIER

  1. LIZA

    salam..sy tgh mencari plasmacluster jgk..so far awk dah pakai ni ok x?
    hopefully nti dpt la kurangkan bersin sy pepagi kalu da pkai beli nti..huhu

    Reply
  2. Pingback: SHARP AIR PURIFIER – CERITA AKU | Mykeledek

  3. Marzy

    Salam. Ade tak product ni kat program beli brg raya tu? Sharp Air Purifier [KC-930E]. Kalau ade, berape yer? Sesuai tak utk living room? Thanks.

    Reply
    1. Dennis Zill Post author

      Salam, tak silap saya untuk model KC-930E tiada masa di program beli brg raya hari itu. Tapi saya pernah usha2 barang ini di carefour alamanda.Untuk harga dan more detail tu boleh refer website sharp malaysia atau usha2 di lazada

      Reply
  4. lina

    Saya tengah survey2 aircond dengan tekno. plasmacluster ni..setakat ni awk guna air purifier sharp tu ok ke? cadang nak beli ac sharp with plasmacluster.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge