Buffet Ramadhan yang terbaik untuk aku – Restaurant BGR yang terletak di Clubhouse of Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi. Aku pergi makan buffet di Bangi Golf Resort ini 2 tahun berturut turut – 2010 dan 2011 dan sudah semestinya untuk tahun ini 2012 aku berkira kira untuk berbuka lagi di sini. Sweet… ada sesiapa yang mahu menaja?
Untuk keterangan mengenai Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort ini, boleh rujuk poster di atas.
Buffet Ramadhan di BGR Restoran akan disediakan setiap petang di antara jam 6:30 petang dan 9:30 dari 25 Julai 2012 hingga 17 Ogos 2012.
Antara juadah yang disediakan :- hidangan tradisional Melayu Gulai Kawah, Ayam Kapitan, Kari Ikan Tenggiri dan Sambal Udang Petai, serta masakan Asia termasuk Daging Black Pepper, Kong Po Ayam, Udang Butter, Nasi Ayam Panggang, kambing panggang , Satay, Mee Goreng, Char Kway Teow, pasta, Roti John, Snek Deep-goreng, Kuih muih dan pelbagai Pencuci mulut. Continue reading


