Minggu lepas tatkala aku perlu arrange hal hal berkaitan teknikal di office, secara tiba tiba aku terfikir kenapa ramadhan tiada / kurang lagu yang khas? Jenuh mahu cari lagu bertemakan ramadhan untuk diperdengarkan tatkala sebelum dan selepas majlis berlangsung. Pengsan
Baru aku perasan yang kita memang kekurangan lagu lagu bertemakan bulan ramadhan / bulan puasa. Asyik lagu raya je tiap tahun yang keluar. Aiiiii… ke aku yang tak tahu?
Kalau ada keluar lagu bertemakan ramadhan pun rasa macam tak sedap dan sayu didengar halwa telinga aku. Pengsan
Disini aku senaraikan 8 lagu bertemakan ramadhan / bulan puasa yang aku suka. 8 sahaja setakat ini

Lirik / videonya kamu google / youtube sahaja OK.
- Raihan feat. Man Bai – Harapan Ramadhan
- Rabbani – Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
- Hijjaz – Ramadhan Bulan Berkat
- Hijjaz – Sinar Ramadhan
- Raihan – Lailatul Qadar
- Rem – Mulianya Ramadhan
- Wali – Abatasa
- Tompi – Ramadhan Datang
p/s Baru sahaja beli daging burung puyuh. Nyum nyum… balik karang boleh lah goreng. Syukur…sudah 3rd ramadhan hari ini.