Aku dengan penuh yakin dan percaya. . . 1 ramadhan untuk tahun 2012 akan jatuh pada hari Sabtu, 21 Julai 2012. Confident je B-) Sebabnya adalah – pagi pagi lagi langit sufah gelap gelita dan hujan pun turun dengan lebat. Nyaman dan redup je cuaca
Orang sentiasa akan kata, tiap kali ramadhan sahaja pasti akan buat seseorng itu berjimat. Orang kata. . . Bukan aku yang kata
Tapi betul ke? Aku tidak pasti kerana berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman aku, bulan ramadhan ini boleh buat seseorang itu boros dan kopak duit. Berbelanja lebih banyak berbanding bulan bulan biasa. Part ini aku setuju kerana aku sendiri yang mengalami masalah ini. Hihi
Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati
Bagaimana mahu berjimat pada bulan ramadhan ini? Apa tips tips jimat kos yang boleh diamalkan sepanjang bulan ramadhan ini? Entry kali ini, aku akan senaraikan beberapa tips jimat kos /duit yang boleh diamalkan untuk aku atau mungkin untuk orang lain juga :-
1. PILIH BUFFET RAMADHAN YANG BENAR BENAR BERBALOI.
Aku ada buat entry mengenai Tips Memilih Buffet Ramadhan sebelym ini. Mungkin point pada entry ini sedikit sebanyak boleh digunakan. Kadang kadang, menjadi seorang yang choosy pun tak salah. Alah membeli, menang memakai.
2. MASAK DAN MAKAN DIRUMAH
Untuk mereka yang sudah berkeluarga / beranak pinak /duduk bersama ibu bapa, sudah semestinya mereka akan banyak berbuka / sahur di rumah. Sudah menjadi suatu tradisi kot. Tak tahulah kalau orang itu memang sibuk yang amat :-X
Memang bertuahlah seseorang itu kalau dapat makan dirumah. Tak kisahlah ada orang gaji atau ada ibu yang tolong masak atau ada isteri yang masak atau masak sendiri.
Makan makanan yang dimasak dirumah memang lebih baik berbanding makan makanan yabg dibeli diluar. Alasannya : kualiti dan khasiat makanan itu ditentukan sendiri oleh kita sendiri. Selain daripada itu, boleh juga jimat kos. Oh. . Heaven
3. BELI MAKANAN DILUAR
Tak kisahlah beli makanan diluar kemudian makan dirumah atau terus makan dimana mana restauran atau warong atau gerai. Sesuai untuk orang bujang yang makan dalam kuantiti yang sedikit / single.
Kalau agak agak makan seorang je, baik beli kat luar je. Lagi jimat kot. Yang penting, semasa membeli makanan tu, kene pastikan bawa duit yang limited. Bayangkan kalau bawa duit yang banyak semasa membeli makanan + berpuasa. . . Silap silap ada yang borong makanan banyak2. Akhirnya membazir kerana juadah makanan terlalu banyak. Kan ke membazir tu. .
Pandai pandai lah pilih gerai atau warong atau restauran atau bazaar makanan yang berbaloi.
4. BERBUKA DI MASJID ATAU SURAU
Ini tips paling berbaloi baloi dan sangat sesuai untuk pelajar /orang malas beli makanan / masak dirumah / dalam kesunyian. Syok apa makan ramai ramai di masjid atau surau. Dapat makan free dan pada masa yang sama boleh sembahyang berjamaah.
Zaman student dulu memang ramai kawan kawan aku yang berbuka di masjid atau surau. Siap pilih pilih lagi tempat mana nak berbuka. Insyaallh, ramadhan ini memang ramai orang orang yang bersifat dermawan.
5. SAHOR
Makan je makanan yang simple dan senang. Paling kurang makan je bijirin atau kurma. Minum air tu yang paling penting.
Kurma memang juadah wajib di bulsn ramadhan. Makan sedikit sahaja. . . pasti kenyang