Assalamualaikum
Sudah agak lama sebenarnya aku tidak update maklumat mengenai Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati yang telah aku sertai beberapa minggu yang lalu. Biasalah mood Ramadhan masih baru lagi. Jadi, aku lebih banyak + kusyuk dalam membuat entry post yang bersifat keagamaan. Pengsan
Seperti yang sedia maklum, aku baru sahaja bergerak secara serious dalam dunia blog ini almost 4 bulan. Masih ada banyak lagi ilmu dan perkara yang perlu aku pelajari dan selusuri. 1001 perkara yang kekadang aku sendiri pun naik muntah nak baca, fikir, taip dan olah. Pengsan lagi
Pada masa ini aku banyak menerjah / blogwalking di mana mana blog yang aku fikirkan boleh disedut seribu macam maklumat / tips blogging yang boleh aku guna / adaptasi untuk blog mykeledek.com. Comel bukan? Masih lagi belajar mengenai SEO, Alexa Ranking dan Nuffnang (sekadar mengambil beberapa contoh). Pengsan lagilah
Pagi ini, aku sempat melihat status terkini contest SEO Eyriqazz vs Denaihati yang telah aku sertai. OK Fine, aku dapat rank ke 10 di page pertama. Terkejut? Teruja? Tidak kot cz pada hari ahad yang lalu pun aku dapat kedudukan yang sama. Kemudian hilang balik. Kedudukan seakan berbeza bergantung kepada browser, masa etc. Seakan X-Factor dan terlalu subjektif untuk ditentukan / diramal.
Pengsan
p/s Petang ini mahu makan apa?






