VICTORIA PEAK

Hong-Kong-Victoria-Peak-tram

  • Merupakan salah satu tarikan paling popular di Hong Kong.
  • The Peak adalah tempat pemandangan terbaik untuk melihat keindahan landskap bandaraya Hong Kong.
  • Disini pengunjung boleh melihat kakilangit bandaraya Hong Kong, Pelabuhan Victoria, bangunan pencakar langit, serta kehijauan gunung yang menyamankan.
  • The Peak menawarkan satu pengalaman yang berbeza pada waktu siang dan waktu malam.

LADIES’ MARKET ( PASAR WANITA )

HONG KONG

  • Salah satu pasar terbuka yang paling popular di Hong Kong
  • Antara barangan yang dijual disini ialah kain, beg, aksesori, barang permainan, kosemtik dan barangan hiasan rumah.
  • Terletak di Jalan Tung Choi, Mong Kok. Ia dibuka mulai tengahari hingga jam 11:30malam.

REPULSE BAY

Repulse-Bay-Beach_03

  • Kawasan berbentuk bulan sabit ini merupakan pantai yang tercantik di Hong Kong.
  • Sangat popular di kalangan penduduk tempatan dan pelawat dan menjadi tempat penggambaran banyak filem.
  • Patung Tinggi berkembar Kwun Yum dan Tin Hau dipercayai menjadi pelindung para nelayan, mendominasi pemandangan indah taman-taman hingga ke pantai di kawasan ini.
  • Mempunyai rumah kelab pengawal pantai ala tradisional Cina, dan tidak jauh dari situ, terletak kawasan ala zaman penjajahan.
  • Menempatkan restoran dan kedai-kedai di tepi kawasan pantai.

AVENUE OF STARS

avaenue of star

  • Tempat penghargaan kepada ramai bintang-bintang berbakat besar dalam industri perfileman Hong Kong.
  • Ia menempatkan plak, bekas tapak tangan selebriti filem, ukiran batu tanda, kiosk barangan (movie memorabilia), Arca besar Anugerah Filem Hong Kong, dan arca legenda bintang kung fu, Bruce Lee.

CLOCK TOWER ( MENARA JAM )

clock tower

  • Salah sebuah mercu tanda utama di Tsim Sha Tsui.
  • Menara Jam ini asalnya merupakan sebahagian daripada bekas stesen Keretapi Kanton-Kowloon (KCR).
  • Dibina pada 1915, menara granit dan bata merah itu menjadi peringatan kepada zaman penjajahan.
  • Hari ini, Pusat Kebudayaan Hong Kong telah menggantikan stesen tersebut. Bumbungnya yang lengkung dan bercirikan masa depan, mewujudkan latarbelakang yang luar biasa bagi Menara Jam tersebut.

Sumber : Google & Discovery Hong Kong

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) danGoogle +