BANGLA ROAD NIGHTLIFE – PATONG BEACH

  • Terletak di Patong Beach.
  • Hanya dibuka pada waktu malam sahaja
  • Jalan raya di kawasan ini akan ditutup kepada orang ramai pada belah malam bagi memberi laluan kepada Patong Party Zon
  • Terkenal sebagai tempat kehidupan malam yang kotor
  • Para pelayan akan menari nari di sekeliling tiang untuk menarik perhatian pelancong untuk datang.
  • Pelayan akan memujuk pelanggan untuk bermain permainan bar yang mudah seperti ‘connect’ atau ‘ Hammer the nail’ untuk memecahkan ais. Objektifnya ialah supaya pelanggan akan membeli minuman keras.
  • Hampir kesemua bar berkonsepkan outdoor – muzik dialunkan dengan kuat
  • Boleh datang sini. Tapi kene kuat iman :)

PHANG NGA BAY – UTARA TIMUR PHUKET

  • Terletak di Timur-Utara phuket
  • Daya tarikan utama pada Pang Nga Bay ini ialah batu kapur yang menganjur dan menegak + mengeluarkan air berwarna hijau zamrud.
  • Pulau Jamas Bond dan koh Panyee merupakan salah satu pulau yang terdapat di teluk ini
OLD PHUKET TOWN
  • Sesuai bagi mereka yang ingin mengetahui / melihat sejarah Phuket sebelum ini
  • Disini, anda akan menemui kuil, rumah kedai, kafe, muzium awam dan swasta (berkonsepkan bangunan lama ) yang masih kekal dipelihari sehingga kini
PHUKET SIMON CABARET
  • Terletak di Patong Beach
  • Phuket Simon Cabaret telah menjadi salah satu tarikan hiburan yang terkenal di Asia Tenggara yang dapat menarik pengunjung dari seluruh dunia setiap malam.
  • Satu pertunjukan tunggal bagi teater dan muzikal yang menonjolkan pelbagai budaya dari seluruh dunia – tarian klasik dan lagu

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) danGoogle +