Salah satu perancangan tatkala pergi ke Hong Kong ialah singgah sehari ke Shenzen China. Aku sendiri tidak tahu macam mana Shenzen itu. Kene usha usha google dahulu so then boleh dapat gambaran di sana nanti nak pergi mana. Lagipun jangka masa 1 hari itu rasa macam singgar benar. Bajet kene dirancang dengan rapi….Bersama ini aku sertakan hasil ‘kajian singkat’ aku untuk rujukan bersama :)

shenzhen_lycheepark

CHINA FOLK CULTURE VILLAGE (KAMPUNG BUDAYA RAKYAT CHINA)

china_folk_culture_villagebd1c8806fab5644c8cea

Kampung Budaya ini merupakan sebahagian daripada Overseas Chinese Village (OCT). Ia mempamerkan budaya minoriti pelbagai etnik yang ada di Negara China. Ia juga berfungsi sebagai salah satu pengenalan kepada sejarah dan tradisi masyarakat China. Kene pergi sini rasanya. Yelah kan, aku memang suka datang tempat tempat sejarah dan unik. Yang penting di Malaysia tiada :)

SPLENDID CHINA PARK

Splendid_China_miniature_park_5Splendid China Park ini terletak bersebelahan dengan China Folk Culture Village. Ia mempamerkan aset terbaik budaya negara China dan tempat-tempat menarik dan popular seperti Terra Cotta Warriors dan Tembok Besar dalam bentuk kecil (lebih kurang konsep Legoland). Aku rasa, disini nampak macam menarik je. Siapa tahu, dengan mengunjungi Splendid China Park ini…kita akan dapat mengunjungi keseluruhan negara China terus :)

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) danGoogle +