TEMPAT WAJIB DIKUNJUNGI DI HO CHI MINH CITY VIETNAM

TEMPAT WAJIB DIKUNJUNGI DI HO CHI MINH CITY VIETNAM .Bertitik tolak daripada entry aku sebelum ini, aku senaraikan 6 tempat menarik untuk berbelanja di Ho Chi Minh City Vietnam untuk rujukan aku kelak :) Semoga kajian aku ini betul dan tepat.

1. Russian Market
Tempat yang wajib untuk dikunjungi bagi para pelancong yang datang ke Ho Chi Minh . Disinilah tempat barangan sisa export Vietnam dijual. That why harga barangan di sini lebih murah (katanya). Russian Market ini terletak di Tingkat 2, Lucky Plaza.

2. Lok Loi 
Lok Loi ini khusus kepada meraka yang ingin membeli barangan kulit. Sepanjang jalan ini terdapat beberapa outlet yang khusus menjual produk fesyen dari kulit haiwan asli, terutama daripada replitia (anjat boboi) – dompet, tali pinggang dan macam macam eksoseri yang lain.

3. Binh Tay Market
Binh Tay merupakan pasar tradisional lengkap yang sesuai untuk mereka mereka yang ingin membeli barangan secara borong. Khabarnya, barangan disini mudah untuk ditawar (beli banyak, harga kurang). Kira macam pasar borong jugak la ni.

4. Ben Thanh Market
Kawasan perbelanjaan tradisional Vietnam ini menjual berbagai produk eksoseri sebagai ole ole yang ala ala made in Vietnam. Aku ada buat entry khusus mengenai tempat ini : http://mykeledek.com/350/

Ben Thanh Market

5. Dong Khoi Street
Merupakan salah satu area yang paling sophisticated dan digemari baik oleh orang tempatan dan juga para pelancong. Terdapat banyak gerai-gerai menjual barangan hiasan dalaman rumah disepanjang jalan ini. Memang mendapat banyak respon positif daripada mereka mereka yang pernah datang ke jalan ini. Pengsan. Aku takut tak dapat kawal nafsu membeli je nanti.

Dong Khoi Street

6. An Dong Plaza
Kompleks membeli belah 4 tingkat ni menjual berbagai jenis produk seperti perhiasan emas, kasut, pakaian, hiasan dalaman dll

Selepas ini, aku merancang untuk melihat tempat-tempat makanan halal yang ada di Ho Chi Minh City Vietnam. Apa yang penting adalah, kawasan itu mestilah mudah untuk aku pergi (dekat dengan hotel penginapan) dan murah. Kalau ada masjid pun mesti lagi baik. Peace

40 thoughts on “TEMPAT WAJIB DIKUNJUNGI DI HO CHI MINH CITY VIETNAM

  1. iza

    Assalam..
    Ada jumpa penjual jual benang kait tak? ehehe..
    Nak ke sana juga bulan 12 nanti, sebelum tu survey dulu tempat mana nak dituju…
    iza recently posted..TopiMy Profile

    Reply
  2. nor fadilah saad

    saya bru nk gi 1st time..tau tak dekat mana saya nak dapatkan panduan untuk borong di sana? macam dr segi penginapan,transport n market2 borong yang terkenan disana.

    Reply
  3. nizam

    kalau nak borong fabric dlm kuantiti banyak kat cho binh thay ke?? hari tu saya dah masuk market dia tp tak nampak pun?? atau ada kawasan lain di situ yg saya tak pergi ye??

    Reply
  4. khyrakhalish

    As-salam..nk tnye..duit mlysia ngan duit vietnam mne lg bsr??? Cntoh klu tukar duit mlysia rm1000 dpt brpe duit vietnam???

    Reply
    1. Dennis Zill

      Depend jugak dengan kadar tukaran mata wang. 1st time saya pergi tu RM1K = VND7.6K. kemudian, 2nd time i pergi tu RM1k = RM6.7K. Kamu kene pergi beberapa tempat untuk buat tukaran wang. Lain kedai, lain kadar tukarannya.

      Reply
  5. faiz

    salam nk tanye kalau pg 2 orang spent dlm 2 riban lebih ok x? saya ader kawan yg penah keja kt sana dlm 2 thn lps

    Reply
  6. shah

    kalau nk baju kurung dgn kain pasang pergi kat kg champa.. sana mmg port baik punya… berkenaan satu bilik 3 org kompom mmg tak boleh.. aku dah kena.. undang2 bilik kat vietnam tersangat la ketat…. bulan 7 aku nk g lagi.. sapa nk join jom hehehehe

    Reply
  7. orenteen

    Admin nk tnye klu duit shopping sj agak2 bpr? sy x tahu nk tukar bpe byk wit mlysia.br first time nk g

    Reply
    1. Dennis Zill

      Nak shopping apa. Baju, tudung, kain cotton, sutera dan kopi ke huhu. I bawak rm1000 pun jenuh nak habis. Cz kene concern kat kastam time balik msia hihi

      Reply
  8. ayuni

    Bju kurung cotton yg ada manik brape sepasang kt sane n kain pasang cotton yg blum di jahit,ingt nk borang untk di jual kt malaysia

    Reply
    1. Dennis Zill

      Jgn lupa bg satu kat i hihi. Emm, kain yg bekum siap average rm30 camtu. Yg dah siap lak average rm45. Beli borong nie selalunya dpt lbh murah. Harga plk depend on jenis kain, design, bil manik2 etc.

      Reply
  9. Kurnia Dwi Sulistiati Soepeno

    kalau nak borong baju kurung siap n kain pasang yang mura kat mana? klu kat sana d mana mau cari tmpt mkn yang halal..

    Reply
    1. Dennis Zill

      Memang murah berbanding harga Msia. Tp not sure berapa harganya. Cz saya tidak berminat akan hal2 spt itu. Memang banyak kedai buat service camtu. Siap hantar hotel as free lagi tu.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge