images11Aku memang tengah blur dan speechless sekarang ini. Rasanya macam ada banyak benda / perkara yang perlu difikirkan. Tapi aku sendiri tak tahu nak fikir apa haha. Boleh? Sabar je lah. Cant you imagine nak pergi Hong Kong / Shenzen / Guangzhou China tapi aku still tak buat apa apa preparation lagi. Aku buat dek sokmo. Tak ada mood lah! Pengsan u ollz.

Apapun, disaat akhir ini aku gigih dan tabahkan hati jugak untuk surf internet dan cari mana mana blog / website berkenaan trip kitorang nanti. Antara blog blog berkualiti dan terbaik untuk tips tips pelancongan dan percutian yang aku baca ( Hong Kong – Shenzen – Guangzhou ) ialah :-

Sebenarnya banyak je blog blog lain yang menceritakan pengalaman dan tips diorang samaada semasa di Hong Kong atau Shenzen atau Goungzhou. Tapi yang aku senaraikan tu yang sempat aku copek / suka baca haha.

images1Sambil sambil baca tu, aku take note sedikitlah apa yang diorang cerita kat blog diorang tu. Aku share sedikit kat sini OK huhu. Bolehlah kongsikan kepada mereka – mereka yang dok mencari maklumat sama macam aku.

  1. Disana diorang guna tisu ( tak ada paip air ). Jadi, kemana mana kene bawa air mineral / wet tissue huhu.
  2. Luohu merupakan nama tempat yang bersempadan antara Shenzen China dengan Hong Kong. Kalau dari China nak masuk Hong Kong – tak perlu Visa. Tapi kalau dari Hong Kong nak masuk ke Shenzen China – perlu visa.
  3. Bahasa Inggeris tidak digunakan secara meluas sangat di China. Kebanyakan diorang hanya faham bahasa dan tulisan mandarin sahaja.
  4. Bahasa pengantara di Hong kong ialah Kantonis. Walaubagaimanapun, oleh kerana mereka pun bekas negara jajahan British, jadi tidak ada masalah disitu :)
  5. China antara negara yang menyekat Facebook, Blogspot dan Blackberry
  6. Kene betul betul merancang perjalanan di Hong Kong. Harga tiket MTR di Hong Kong agak (sangat) mahal.
  7. Entry utama hostel diorang ini kekadang terletak di tingkat X. Jadi, kene make sure baca alamat hostel yang sudah ditempat itu betul betul. Kos hidup di Hong Kong agak tinggi – lebih lebih lagi bab hotl / hostel. Kecil dan sempit katanya. Sabar je lah.
  8. Jika Malaysia menggunakan Touch & Go, di Hong Kong diorang menggunakan Octopus Card. Harga kad ini ialah HK150 ( termasuk deposit HK50 )
  9. Kalau boleh duduk je di area Tsim Tsa Tsui. Di kawasan ini memang tempat pit stop banyak laluan train. Walaubagaimanapun, bergantung kepada korang nak duduk di mana dan apa keperluan korang. Macam aku, duduk di Nathan Road – dekat dengan kawasan orang islam = Masjid Kowloon. Ada orang yang duduk di Mong Kok – alasannya disini ada banyak kedai yang menjual barangan pada harga yang terbaik huhu.
  10. Tiket untuk Hong Kong ke Guongzhou China tu kene beli awal. Takut habis. Untuk info tiket, boleh rujuk website MTR. Harganya ialah dalam lingkungan HK190 (RM70) sehala dari Station Hum Hom ke Gungzhou East ( Guangzhou Dong) – harga tiket dikatakan akan naik semasa waktu perayaan / cuti umum. Masa perjalanan ialah kira kira 2 jam. Train yang digunakan ala-ala komuter je hihi.
  11. Di Hong Kong, waktu siang agak pendek. Pukul 6.00 petang camtu dah malam. So, maghrib pun area pukul 6.00 petang camtu huhu.
  12. Di kawasan Avenue of Star, ada persembahan Symphony of Light. Tepat jam 8.15 malam, akan ada persembahan laser dan lampu pada bangunan dari Hong Kong Island.
  13. Pasar malam yang popular disini ialah Ladies Night. Banyak jual barangan murah katanya kat sini.
  14. CityGate Outlet : The First Outlets Mall in Hong Kong betul betul terletak bersebelahan dengan Station Tung Chung, exit C. Disini banyak menjual barangan branded pada harga yang super murah. Jika anda dari Disneyland, boleh naik train dari Sunny Bay Station menuju ke Tung Chung Station – harga tiket ialah HK8.50
  15. Tukar duit di Hong Kong lebih murah daripada tukar duit di Malaysia.
  16. Masjid Kowloon – khutbah jumaat disini menggunakan bahasa urdu.
  17. Harga ticket untuk Guangzhou – Shenzen ialah kira kira 80 Yuan ( RM40 ). Tiket boleh dibeli di Shenzen Guongzhou CRH Station. Kaunter masuk / beli tiket bagi pelancong asing / rakyat China / rakyat HK diasingkan. Train ini jenis henti-henti, so train akan berhenti kira kira di 5 station. Jarak perjalanan ialah kira kira 45minit ke 1 jam dan train bergerak pada kelajuan 300km/jam huhu. Ini bullet train hihi. Tiket hanya boleh dibeli seawal 2 hari in advance huhu. So, memang kene merancang betul betul bab tiket ini. Kekerapan train yang ada ialah area 15 – 20 minit.
  18. Di Guangzhou East / Guangzhou Dong, dioarang ada menyediakan perkhidmatan air panas. So, memang ramai yang makan mee segera disini huhu.
  19. Tiket ke Disneyland / The Peak / Ocean Park etc pun ada dijual di kebanyakan hostel / hotel. Harganya pun lebih murah berbanding harga di kaunter jualan.
  20. Di Hong Kong pun ada Hong Kong Walk jugak – Garden Road Walking. So, kene ambil maps untuk mereka yang nak jalan jalan keliling HK ini ( kalau larat jalan kaki ) huhu. Jangan sesat sudah.
  21. Harga makanan / minuman disini agak mahal + susah cari makanan halal. Jadi, kene ready dengan makanan segera / biskut / roti / coklat ++
  22. Antara tempat menarik di Guangzhou ialah Beijing Lu @ Beijing Road, ShangXiajiu Shopping Street, Yuexiu Park, Five Ram Sculpture, Masjid Guangta, Burning Cream Center, Jade Shop dan Tee Mall – sekadar menyebut beberapa tempat :)

Aku akan update tips tips diatas dari masa ke semasa (jika bersesuaian). Tips tips ini memang berguna untuk aku disana nanti katanya haha. Insyaallah.

Aku tak dapat banyak info / coretan / cerita pengalaman mengenai Shenzen. Agak susah. KAlau ada pun, entry yang simple je. Matilah.

Doakan selamat pergi dan kembali untuk kitorang OK. Jauh merantau hingga ke bumi orang. Nabi sendiri kata, kalau nak belajar, biarlah sampai ke Negeri China. So, Kong Kong, Shenzen dan Guangzhou tu pun kira macam China juga bukan? Lagipun, Guangzhou atau dulunya dikenali sebangai Canton pun memang popular dikalangan pedagang islam. Gitew

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +