Buat post bersempena lebih kurang 5 tahun (kot) blog mykeledek.com ahaks. Baru sahaja renew web hosting dan domain aku di DataKL. Sekejap je masa berlalu.
Ada banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan web hosting. Buat je carian di Google dan anda akan lihat 1001 macam pakej dan harga. Tinggal nak pilih je mana satu yang nak samaada web hosting Malaysia atau luar negara.
5 Web Hosting Popular Pilihan
1.ServerFreak
Popular dikalangan blogger otai. Sana sini ada je ulasan yang kata web hosting ini bagus bla bla bla bla. Tidak pasti samaada mereka ini berbayar atau buat review secara suka-suka. Tapi,kebanyakkan mereka memang suggest syarikat ini kepada sesiapa yang sedang mencari web hosting terbaik.
Ia juga dikatakan sebagai salah satu syarikat penyedia perkhidmatan web hosting yang paling cepat berkembang sejak ditubuhkan pada tahun 2003.
Link: https://www.web-hosting.net.my/
2.Exabytes.my
Katanya, diorang inilah penyedia perkhidmatan web hosting No 1 di Malaysia. Katanya diorang mempunyai 60,000 orang pelanggan yang mencakupi individu, pelajar, SME dan kerajaan. Dari segi mutu dan kualiti perkhidmatan tidak pasti pula.
Sebab aku tak ada pengalaman menggunakan syarikat ini. Tapi, secara jujurnya, aku tengok banyak negatif review pasal syarikat ini. Dari segi marketing katanya memang tip top. Tapi dari segi servis, banyak complain. Itu dulu, sekarang aku tidak tahu. Should be better kot.
Link: https://www.exabytes.my/
3.Shinjiru
Web Hosting dari negara mana tak pasti. Kalau ikut kepada nama, nampak macam Jepun mari. Tapi, lepas aku tengok profil syarikat, Ibu pejabatnya terletak di Kuala Lumpur rupanya hihi. Banyak juga aku nampak iklan syarikat web hosting ini di Google Adv.
Dari segi pakej perkhidmatannya nampak lebih banyak dan pelbagai.
Link: https://www.shinjiru.com.my/
4.DataKL
Aku menggunakan web hosting ini sejak tahun 2012 lagi. Bertahun lamanya menggunakan perkhidmatan mereka bermula pada kadar RM90 setahun sehinggalah kepada RM260 sekarang. Ini pun sedang berkira-kira untuk upgrade pakej sebab penggunaan CPU dan bla bla bla yang aku sendiri tak faham huhu.
Harganya pakej yang ditawarkan sedang-sedang. Tak mahal dan tak murah. Servis diorang cepat. Kalau ada apa-apa masalah, cepat je jawab (walaupun kekadang tak faham hihi).
Link: http://www.datakl.com
5.Internet-Webhosting
Ada orang kata OK dan ada orang kata tak OK. Biasalah, tiap orang ada pendapat masing-masing. Aku nyaris-nyaris nak berpindah kepada syarikat ini sebab pakej yang lebih bajet. Tapi akhirnya tak jadi sebab aku tak ada pengalaman bertukar syarikat web hosting. Tapi, seriously harga pakej yang ditawarkan antara yang paling murah berbanding syarikat lain.
Kawan aku ada menggunakan perkhidmatan mereka. Servis tip top dan cepat. Tapi, kawan aku yang lagi seorang tidak menggalakkan aku guna sebab katanya selalu down. Alasannya, yang murah tak semestinya OK. Pengsan. Ini semua subjektif dan ikut nasib.
Link : http://www.internet-webhosting.com/index.php
Tip Memilih Web Hosting
- Harga Pakej – Tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal.
- Lihat siapa pelanggannya – Semak testimoni pelanggan sedia ada itu penting.
- Customer Support – Pilih web hosting yang menyediakan perkhidmatan sokongan 24 / 7. Bayangkan jika website down atau bla bla bla, minta tolong mereka yang ‘pakar’ ini untuk bantu selesaikan
- Data Storage dan bandwith – Penting jika blog punya ramai visitor dan jenis yang suka simpan banyak data di web hosting.
- Tengok kepada keperluan dan sebab masing-masing. Sebab apa anda nak menyewa hosting.
tips memilih hosting dan domain ,cara mengupload web secara hosting ,prinsip memilih web hosting ,tips beli domain dan hosting ,penyedia hosting terbaik,
Leave a Reply