Pernah makan di JW Marriot Hotel KL? Kalau belum atau terasa nak merasa makan di Hotel + sedap + masakan melayu, disinilah tempatnya. Memang terbaik untuk sajian masakan melayu. Memang puas hati
Pada hari jumaat yang lalu, aku join berbuka puasa beramai ramai bersama sama dengan kawan kawan di area KL. Untuk tahun ini, kami memilih JW Marriot KL. Ini pengalaman pertama aku makan secara buffet ramadhan di hotel ini. Khabarnya sedap. . . Ceh, drama jap.
Makan buffet kat sini ada 2 package. Satu berharga RM70++ dan satu lagi berharga RM60++. Im not sure cz kami pergi ramai ramai jadi aku tak ambil tahu sangat the detail one. Nak yang detail, refer website berkaitan. Tp personally, harganya memang berbaloi baloi. Kenapa aku cakap camtu? Lets

1. Hidangan yang disediakan, memang menyelerakan.
2. Kebanyakan juadah yang disediakan adalah masakan melayu. My fav
3. Pilihan yang banyak
4. Service tip top
5. Tidak crowded. Makanan disediakan di banyak tempat


Banyak kot jenis makanan yang aku suka kat sini. Sup ekornya memang power. Kek coklat yang super duper yummy dan pekat, lauk pauk kampung yang nyym nyum etc



Tergamam aku dengan penyediaan pelbagai jenis masakan melayu kat sini hahahaha. Tamak dalam masa beberapa minit. Tak tahu nak pilih yang mana satu.


Tapi dalam banyak banyak hal, ada satu je kelemahan disini. . . Tiada tempat untuk ambil air sembahyang. Surau dah ok. . . Tip top selesa. Tapi tu r, nak ambil wuduk susah cz perlu guna sinki. Oh. . Sedih
But for sure, sini akan jadi destinasi tetap berbuka puasa aku selepas ini. Insyaallah. Oneday aku nak bawa family aku join jugak.
hi dennis. saya student tahun akhir UMT.boleh saya minta tolong daripada awak untuk jawab borang soal selidik saya berkenaan buffet berbuka puasa di hotel.apa-apa, just email saya yea.tqvm