Alhamdulillah, syukur sebab hari ini merupakan hari pertama aku bertugas di pejabat baru. Pindah pejabat je pun. Semuanya seakan berjalan dengan lancar tanpa disedari.
Pejabat baru ini terletak berhampiran dengan Terminat Bandar Tasik Selatan. Akses pengangkutan awam memang super lengkap lah kan dengan adanya Star LRT, ERL, Bus dan KTM Komuter.
Aku duduk di kawasan Kajang. Memang nasib baik amat sebab di kawasan situ ada Station KTM Kajang. Kat tempat sama kat situ pun MRT Kajang sedang dalam pembinaan. Bakal duta pengangkutan awam agaknya aku lepas ini.
Oleh kerana dekat dan cuba untuk mengurangkan penggunaan kereta, aku mencubalah guna KTM Komuter untuk ke tempat kerja. Secara kebetulan, minggu ini school holiday. Jadi, memang sesuai sangat lah kan.
Seawal 7.50 pagi aku bertolak dari rumah menuju ke Station KTM Komuter Kajang. Tak jauh sangat jarak perjalanan. Lebih kurang 10 hingga 15 minit sahaja. Tempat parking pun memang selesa sebab mereka baru je siapkan bangunan khusus untuk parking. Kadar bayaran parking di Station Kajang ini pun murah iaitu RM5.30 per day untuk kereta (Isnin – Sabtu) dari pukul 6 pagi hingga 12 tgh mlm.
Sumber: http://www.ktmparking.com.my/selangor/
Aku menggunakan Kad Komuter Link yang memberikan diskaun 20% daripada kadar tambang tunai untuk tambang dewasa dan diskaun 50% daripada tambang tunai untuk warga emas, OKU dan pelajar. Kawan pejabat aku yang belikan sebab dia memang pengguna tetap KTM Komuter. Gigih naik dari Seremban setiap pagi. Jadi, aku banyak dapatkan info dan tip berguna dari dia sebelum join naik KTM Komuter ini.
Bagaimana pun dengan kekerapan perjalanan tren Komuter? Aku rasa macam cepat je. Tengok pada jadual yang disertakan di laman web mereka pun memang nampak kerap pada waktu puncak. Which is Okay bagi aku.
Jadual Perjalanan KTM Komuter Laluan Batu Caves – Tampin / Pulau Sebang
Tengok gaya pada waktu puncak kekerapannya ialah 15 minit. Macam aku pagi tadi, berlenggang je pun dari bangunan parking nak ke lantasan tren. Memang nampak macam ikut jadual. Aku terserempak dengan tren pukul 7.03 pagi dan kemudiannya aku terus naik tren pada pukul 7.18 pagi. Nampak, perkhidmatan mereka makin lama bertambah baik.
Kajang, Serdang dan Badar Tasik Selatan pun jarak perjalanannya tak lah lama sangat. Keadaan dalam tren pun bagi aku masih boleh diterima pakai lagi. Sekitar pukul 7.35 pagi aku sampai (rasanya sebab lupa tengok jam). Relax dan samtai. Tak perlu nak memikir kesesakan lalu lintas bla bla bla. Insyaallah, jimat pun jimat.
Kos Jika Naik Kereta
Pergi : Tol Kajang (RM1.80) + Tol Besraya (RM2.00) = RM3.80
Balik: Tol PLUS (RM1.90) + Tol Kajang (RM1.80) = RM3.70
Kos Tol sehari : RM7.50
Kos Tol sebulan: RM7.50 x 20 hari = RM150.00
Kos petrol sebulan = RM200.00
Jumlah Kos Sebulan (20 hari) = RM350.00
Kos Jika Naik Tren KTM Komuter (Guna Kad Komuter Link)
Kajang – Bandar Tasik Selatan : RM2.70
Bandar Tasik Selatan – Kajang : RM2.70
Kos Parking : RM5.30 (Sehari)
Anggaran Kos Petrol: RM50.00
Kos Sebulan untuk Tiket KTM Komuter : RM108.00
Kos Parking sebulan: RM106.00
Jumlah Kos Sebulan (20 hari) = RM264
Boleh jimat banyak tu. Lebih-lebih lagi kalau naik motor untuk ke Station KTM. Oh ya, aku tengok harga tambang kalau guna Kad Komuter Link dan Touch & Go sama sahaja
Bagaimanakan keadaan dalam tren pada waktu itu? Adakah sesak? Ada tempat duduk ataupun berdiri? Saya juga bercadang untuk memakai ktm komuter, tetapi daripada Bandar Tasik Selatan ke KL.
Terima kasih banyak2
Tren kelihatan tak menentu. Tak ikut jadual sangat. Tidak pasti apa masalah teknikalnya. Tapi overall okay sahaja 🙂