Agak lama jugak aku tak update Blog Perniagaan Online aku – Kerinchi : Kedai Tanpa Sempadan. Nasib baik aku sudah set kan supaya masa dan tarikh post entry di blog itu tidak dipaparkan. Kalau tak, memang malu sokmo cz blog nampak bersarang hihi.
Banyak juga cabaran dan kekangan aku nak update entry kat Kerinchi.Com. Alasannya, aku tak tahu nak update apa. Ada PRO dan KONTRA rupanya mengasingkan MYKELEDEK.COM dan KERINCHI.COM ini. Nak buat macam mana, nama mykeledek nie macam tak nampak komersial pulak. Pengsan.
Fungsi mykeledek.com mudah sahaja – menyokong kerinchi.com secara ‘santai’. Nama blog yang agak ‘pelik’, ‘janggal’ dan childish.
Sudah masuk bulan ketiga berniaga secara online ini, aku rasa kene tingkatkan lagi usaha, buah fikiran dan kreativiti untuk melangkah setapak lagi kehadapan. Nak buat macam mana, aku tidak ada mentor atau benchmark yang boleh membantu. So, 100% memang mengharap kepada pakcik ‘google’ untuk belajar apa apa perkara yang difikirkan kreatif dan terbaik untuk dipraktikkan.
Berniaga secara online ini perlu kreatif dan sentiasa maju setapak kehadapan berbanding ‘potential competitor’. Kalau lambat, tidak berinovasi dan tidak kreatif, memang ketinggalan la gamaknya. Apa yang penting, kene pastikan apa apa benda/plan yang kita nak buat tu boleh dan diyakini akan mendatangkan keuntungan dan faedah yang difikirkan perlu.
Pada pandangan aku – harga produk, populariti sesebuah blog/facebook dan ranking sesebuah blog dalam carian google itu banyak mempengaruhi ‘targated customer’. 1st come 1st serve.
Agak agak kalau ada customer yang sudi call/msg untuk membeli / bertanya akan sesebuah produk jualan kita tu dah kira untung dan bertuah. Kalau transaction berjaya, bermakna anda ‘mampu’ bersaing dengan ‘otai-otai’ yang lain.
Kerinchi.Com : Perniagaan kecil kecilan yang ingin dibangunkan dan dimajukan atas dasar untuk ‘menaggung kos kehidupan anak anak kucing’.
Leave a Reply